Jojo anggap pelawaan Khabib Nurmagomedov satu penghormatan

Saufi Tahir
October 1, 2024 20:38 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo beranggapan pelawaan untuk menjalani latihan di Dagestan daripada bekas bintang UFC Rusia, Khabib Nurmagomedov sebagai satu penghormatan.
Begitu pun, Jojo menghargai pelawaan itu namun ketika ini fokusnya adalah untuk pertarungan seterusnya di One Championship yang dijangka berlangsung November depan.
Tambah atlet berusia 17 tahun itu lagi, perjalanan kariernya dalam sukan tempur masih jauh dan dia bersedia pertimbangkan untuk menimba ilmu dengan sesiapa sahaja yang mempelawa dirinya.

Welcome to MSN, home of the Malaysian athletes, Brother Khabib Nurmagomedov! Kita curi masa @TeamKhabib sedikit hari ini untuk ‘masterclass’ bersama atlet-atlet sukan tempur pelbagai disiplin, dengan penampilan khas oleh juara kita - Johan ‘Jojo’ Ghazali. Sejam mungkin tak… pic.twitter.com/a87VgvZB9P

— Adam Adli (@AdamAdli) September 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jojo ditemui ketika selesai perlawanan pertunjukan melibatkan penyampai Radio Era, Azad Jasmin atau pun nama jolokannya Pak Azad, pagi tadi.
"Siapa saja yang tidak mahu, tetapi kalian perlu faham bahawa Jojo dalam sukan Muay Thai dan Khabib pula MMA.
"Khabib ada cakap 'Bila-bila masa sahaja, anda boleh datang ke Dagestan.' Jojo bersyukur kerana Khabib merupakan legenda.
"Buat masa sekarang Jojo mahu fokus pada Muay Thai. Tetapi 100% pada masa akan datang Jojo akan pergi ke Dagestan. Perlawanan seterusnya pada November atau Disember, buat masa sekarang masih belum dapat mengesahkan lagi." katanya.
#Muay Thai #Khabib Nurmagomedov #Johan Ghazali
;