John O'Shea meninggalkan peranannya sebagai jurulatih pasukan utama Stoke City untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap komitmen bersama skuad kebangsaan Republik Ireland.

Bekas pertahanan Manchester United berusia 42 tahun itu, yang turut bertindak sebagai pembantu jurulatih Republik Ireland, menyertai The Potters pada Julai lalu.

O'Shea berkata dalam laman web rasmi Stoke: "Saya mahu berterima kasih kepada semua yang berada di Stoke City atas segala bantuan dan tunjuk ajar sepanjang musim lalu dan saya mengucapkan selamat maju jaya buat masa depan kelab ini."