Jentera serangan Kedah mula hadirkan kebimbangan, kata jurulatih
Ammar Hakim
December 19, 2024 19:43 MYT
December 19, 2024 19:43 MYT
Perlawanan derbi utara Liga Super minggu ke-17 di antara Kedah Darul Aman menentang penang berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Pertemuan yang cukup sengit dengan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan dan kehebatan tersendiri.
Namun, keputusan itu tidak berpihak kepada skuad Harimau Kumbang walaupun atas kertas, mereka mempunyai kelebihan yang lebih berbanding Sang Kenari yang dilanda pelbagai isu dalaman.
Bagai serba tidak menjadi apabila ketumpulan di bahagian serangan menjadi perkara utama yang menggusarkan ketua jurulatih Penang, Wan Rrohaimi Wan Ismail susulan kekalahan tipis 0-1 ke atas Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super semalam.
Dia juga tidak menafikan akan ada penambahbaikan untuk perlawanan seterusnya menentang Putrajaya Athletic untuk Piala Cabaran dan Perak untuk saingan Liga Super pada Januari depan.
Sementara itu, pertahanan Penang, Azmeer Aris, terpaksa akur dengan kekalahan itu walaupun dia bersama rakan sepasukan sudah memberikan aksi yang cukup cemerlang dengan beberapa percubaan namun tidak membuahkan hasil.
Dia juga bersyukur dengan kehadiran dua pemain kebangsaan bagi membantu skuad Harimau Kumbang sekurang-kurangnya memberikan saingan sengit bertemu pasukan yang mempunyai lebih pemain berpengalaman.