Jelajah Golf Toyota Piala Fortuner: Mirabel Ting optimis dapatkan lesen profesional selepas tamat pelajaran

Saufi Tahir
June 27, 2024 12:48 MYT
Ratu Golf di bumi Borneo, Mirabel Ting, tidak berdepan cabaran untuk muncul juara menerusi kelebihan 11 pukulan ekoran kecederaan yang melanda pencabar utama, Geraldine Wong.
Mirabel berjaya mengekalkan ritma cemerlang untuk merekodkan 65 pukulan dengan lima dibawah par untuk hari ketiga berturut turut sekali gus rekod yang menggambarkan reputasi besar dirinya biarpun masih berstatus pemain amatur.
Tuntutan pelajaran penuntut Universiti Florida, Amerika Syarikat itu menghalang dirinya untuk mendapatkan lesen professional dan pemain berasal dari Miri, Sarawak itu akan berusaha ke arah itu setelah tamat pengajiannya pada tahun 2026.
#Golf #Mirabel Ting