Jelajah Golf Toyota Piala Fortuner: Ben Leong juara kali pertama

Najmi Iman
June 27, 2024 07:29 MYT
Saingan Hari Terakhir Jelajah Golf Toyota Piala Fortuner di Sibu, Sarawak, menjanjikan persembahan memukau sebelum saingan antara perebutan juara edisi kali ini berakhir.
Pemain berpengalaman, Ben Leong, kekal berada di kelas tersendiri apabila mendominasi pusingan ketiga sekali gus bergelar juara terbaru siri jelajah Toyota itu.

Super Ben ??? Ben Leong juara Kejohanan Golf Jelajah Toyota, Piala Fortuner di Sibu Sarawak. Ini merupakan kejuaraan pertamanya di Jelajah Toyota. ⁦@ASTROARENApic.twitter.com/xmDMnvMiWm

— karlnunis (@_karlnunis) June 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kali pertamanya sejak penganjuran siri kejohanan yang bermula Februari lalu.
Ini kerana, pemain veteran berusia 38 tahun itu kini sedang berguru bersama jurulatih, Kevin Smeltz, yang berpangkalan di Akademi PGA dengan menggunakan teknologi canggih yang mempertingkatkan teknik pukulannya.
#Golf #Jelajah Golf Toyota Piala Fortuner