Jelajah Golf Toyota: Liyana, Zulaikah Nurziana muncul pendahulu serentak
Shaiful Shamsudin
September 11, 2024 18:21 MYT
September 11, 2024 18:21 MYT
Drama terus berlaku pada hari kedua Q School, pusingan kedua Jelajah Golf Toyota apabila pemain amatur negara, Liyana Durisic, yang memberi saingan hebat kepada pendahulu, Zulaikah Nurziana Nasser, yang seakan-akan tidak mampu dipintas pada suatu ketika.
Namun, Liyana enggan berputus asa dan mempamerkan pukulan lebih kemas untuk menghabiskan saingan hari kedua dengan 14 pukulan par, empat birdie dan tiga bogey di Kota Seriemas Golf & Country Club, Negeri Sembilan, hari ini.
"Aksi di lapangan hari ini lebih mudah selepas hujan semalam. Bola hari ini dengar cakap.
"Saya hanya perlu fokus untuk matlamat beraksi dengan baik di lapangan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Zulaikah turut cemerlang apabila merakamkan 13 pukulan par, tiga birdie dan lima bogey, sekali gus menyaksikan kedua-dua pemain berkongsi kedudukan sebagai pendahulu apabila mencatat 145 pukulan, 1 melebihi par.
"Par 5 di lubang ke-15 yang dilakukan di sebalik pukulan yang baik telah menjejaskan saya.
"Tidak mengecewakan, adakalnya ia boleh berlaku.
"Saya tidak suka tengok dan ambil papan pemarkahan.
"Tidak mengapa walaupun saya berdepan saingan sengit," katanya.