Jelajah Golf Piala Toyota Vios: Malcolm Ting raih pengalaman berbeza selaku pemain profesional


May 16, 2024 19:54 MYT
Penampilan kali ketiga sebagai pemain profesional tahun itu memberikan aura lebih matang buat Malcolm Ting.
Selepas enam bulan mengharungi status sebagai pemain profesional, Malcolm mengakui, ia bukan semudah yang disangka.
Malcolm berkongsi rasa, malah prestasi jelajah kali ketiga Piala Toyota Yios memberikan suntikan semangat buat pemain itu untuk terus mendominasi di kejohanan berbeza nanti.
Malcolm menamatkan saingan dengan 211 pukulan 8 di bawah par, dengan perbezaan 3 pukulan dari juara edisi kali ini, Paul San.
#Golf #Jelajah Golf Piala Toyota Vios