JDT ucap terima kasih lepaskan Arif Aiman, Matt Davies, Feroz Baharudin
Saufi Tahir
November 16, 2024 17:18 MYT
November 16, 2024 17:18 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards, mengucapkan terima kasih buat Harimau Malaya susulan memberikan pelepasan awal buat Arif Aiman Hanapi, Feroz Baharudin dan Matt Davies yang terlibat dalam perancangan di pentas Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE).
Skuad Harimau Selatan dijangkakan akan berlepas Rabu depan bagi pertembungan peringkat Kumpulan A menentang kelab dari China, Shandong Taishan iaitu sehari selepas pemain kebangsaan pulang dari Hydrebad menentang India.
"Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) memohon perlepasan awal Arif Aiman Hanapi, Feroz Baharudin dan Matt Davies disebabkan oleh perancangan perjalanan menjelang aksi kami di Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) menentang Shandong Taishan.
MALAYSIA CUP 2024-25 ROUND OF 16 DRAW Hidup Johor Demi Johor#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/4IrNjXPUap
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami dijadualkan berlepas ke China pada 21 November, yang mana hanya sehari (20 Nov) selepas pemain-pemain kebangsaan pulang selepas perlawanan Harimau Malaya menentang India pada 18 November.
"JDT mengambil serius kejohanan elit Asia selepas pelaburan besar yang dilakukan musim ini dengan harapan dapat menjalani kempen dengan cemerlang yang bukan sahaja akan meningkatkan status kelab di Asia tetapi juga meningkatkan ranking Malaysia dalam kejohanan kelab Asia.
"Ianya akan memberikan manfaat buat bola sepak Malaysia kerana lebih banyak kelab boleh beraksi di kejohanan elit Asia pada musim-musim akan datang.
"Kami telah mencapai kata sepakat bersama skuad Harimau Malaya agar penjaga gol, Syihan Hazmi kekal bersama skuad kebangsaan kerana Harimau Selatan telah menggunakan khidmat Andoni Zubiaurre di ACLE setakat ini.
"Kami berbesar hati dengan Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyokong kempen kami di ACLE dan JDT akan terus menyokong aspirasi Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2027." katanya.