JDT fokus bina empayar dalam pelbagai bidang sukan

Saufi Tahir
March 21, 2024 05:54 MYT
Jenama Johor Darul Ta'zim terus berada dalam kelas yang tersendiri di dalam arena sukan Malaysia selepas terus konsisten melebarkan sayap dalam sukan yang variasi selain bola sepak.
Buat masa ini JDT telah berjaya melebarkan sayap dalam sukan Bola Sepak, Futsal, Hoki Ais, Tinju, E-Sport dan baru-baru ini sukan permotoran bersama bekas pelumba Grand Prix (GP) negara, Hafizh Syahrin.
Ketika ini, nama JDT bukan sahaja dikenali di dalam negara malah luar negara juga selepas membuka mata dunia dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh kelab tersebut.

The Johor Darul Ta'zim Brand! ?❤️ JDT FC JDT Futsal JDT Racing Team JDT Ice Hockey Team JDT Boxing Team JDT | GBX e-Sports#LuaskanKuasamuJohor#WhatCanYouDo#TheTMJEffect#JDTFamily pic.twitter.com/AwLl4j191B

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejayaan ini menunjukkan bahawa tiada parkara yang mustahil mampu dilakar jika dibentuk dengan acuan yang betul.
#bola sepak #JDT #Futsal #Permotoran #Tinju #Hoki Ais #E-Sport