JDT bakal teroka sukan tempur -- TMJ

Najmi Iman
August 19, 2024 08:57 MYT
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan bahawa pasukan juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu bakal membuka satu lagi cawangan sukan bagi mengukuhkan jenama JDT.
Selepas futsal, E-sukan, permotoran dan hoki ais, kini sukan tempur pula menarik minat baginda untuk dijadikan sebagai projek terbaru JDT untuk menyertai Ultimate Fighting Championship (UFC), pada masa akan datang.

Next JDT @OfficialJohor project. UFC?? pic.twitter.com/hcryTwwviJ

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hasrat tersebut diluahkan menerusi hantaran di Instagram milik baginda yang turut menyaksikan kelibat bekas petinju MMA dunia, Soa Palelei atau dikenali sebagai The Hulk oleh kebanyakan peminat.
#johor darul ta'zim #MMA #JDT #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #UFC #Soa Palelei