Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho, dilaporkan mahukan peluang untuk kembali ke Borussia Dortmund Januari ini.
Pemain berusia 23 tahun itu telah diketepikan dairpada skuad utama Man United berikutan mengkritik secara terbuka serta memiliki perselisihan faham dengan pengurus, Erik ten Hag.
Pengendali Man United itu telah mengetepikan Sancho daripada pasukan sejak kekalahan kepada Arsenal bulan atas persembahan yang kurang memberangsangkan dalam sesi latihan, sebelum pemain itu membalas menerusi media sosial menyatakan dirinya sentiasa menjadi 'kambing hitam' untuk tempoh yang agak lama.
Walaupun Sancho telah memadamnya, dia telah didakwa enggan memohon maaf kepada Ten Hag.
Atas keputusan itu, pemain kebangsaan England itu tidak dibenarkan berada di fasiliti pasukan utama di Carrington.
Ten Hag turut tidak berminat untuk mengalah atas situasi ini, manakala Sancho kekal enggan memberikan permohonan maaf walaupun telah digesa rakan sepasukan.
Dengan keadaan yang menemui jalan buntu, laporan baru-baru ini mendakwa Sancho dijangka meninggalkan Red Devils pada jendela perpindahan Januari.
Menurut 90min, Sancho berharap untuk melengkapkan perpindahan kembali ke Dortmund, di mana dia menghabiskan empat tahun sebelum menyertai Man United pada 2021.
Laporan itu mendakwa bahawa beberapa kelab Jerman menunjukkan minat, tetapi Sancho mengutamakan kembali ke Dortmund.
Dortmund juga dipercayai berminat untuk berpindah, dan terdapat kemungkinan perjanjian boleh dicapai sebelum jendela perpindahan Januari jika situasi Sancho di Man United gagal bertambah baik.
Ketika bersama kelab Jerman itu, Sancho menjaringkan 50 gol dan memberikan 64 assist dalam 137 penampilan di semua pertandingan.
Ammar Hakim
Fri Oct 06 2023
EPL: Saya akan terus berjuang -- Ten Hag anggap dirinya jurulatih tepat buat Manchester United
Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag, menegaskan dia merupakan individu yang tepat untuk jawatan Manchester United walaupun mereka tewas 0-4 kepada Crystal Palace, Isnin lepas.
Bayern Munich mahu dapatkan khidmat Erik ten Hag
Bayern Munich kini menyenaraikan Erik ten Hag dalam senarai pendek sebagai pengganti Thomas Tuchel, tetapi pengendali itu menjelaskan tumpuannya terarah kepada Manchester United.
Erik ten Hag semakin 'hampir' selesaikan pertengkaran dengan Jadon Sancho
Jadon Sancho semakin hampir untuk menyelesaikan 'konfliknya' dengan Erik ten Hag selepas pegawai Manchester United mengadakan perbincangan secara bersemuka semasa tempoh pinjamannya di Borussia Dortmund.
Kecederaan paksa Harry Maguire ucap selamat tinggal kepada baki musim 2024-2025
Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire, mengalami kecederaan otot yang akan menyaksikan dia terlepas baki saingan musim Liga Perdana Inggeris.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
Bruno Fernandes membayangkan dia mungkin meninggalkan Manchester United pada penghujung musim tetapi menegaskan dia tidak akan mempertimbangkan destinasi barunya sehingga selepas saingan Kejohanan Eropah (EURO), pada Jun nanti.
EPL: Saya akan buktikan kemampuan sebenar -- Antony
Pemain sayap Manchester United, Antony Matheus dos Santos, tidak menghiraukan sebarang kritikan dan kecaman ke atas dirinya selepas berjaya menjaringkan gol menentang Burnley FC, Sabtu lalu.
David James hadir saksikan perlawanan akhir Piala FA
Penjaga gol lagenda pasukan Liverpool, David James, mendedahkan bahawa dia turut mengikuti aksi akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu, Oktober lalu.
Battle Of The Reds: Lagenda Liverpool masih bertenaga
Perlawanan Battle Of The Reds menyaksikan legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada Lagenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Liverpool hebat tempuh dua perlawanan serentak
Dua perlawanan melibatkan Liverpool bakal berlaku secara serentak pada malam ini iaitu bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Battle of The Reds yang melibatkan pertembungan legenda-legenda Liverpool dan Manchester United.
EPL: Liverpool tidak akan jadi juara -- Legenda Liverpool
Dalam keterujaan pasukan Liverpool ingin menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) legenda The Reds, John Arne Riise berpendapat bahawa pasukan itu tidak akan menjadi juara kerana peluang keemasan telah dilepaskan dan Manchester City berpeluang meraih trofi itu.
Nuggets centre Jokic wins third NBA MVP Award
Jokic becomes ninth player in NBA history to win three or more MVPs.
Journeyman Joselu takes long, winding road to Champions League final
Joselu, Madrid's semi-final hero
McIlroy: Golf could learn from Northern Ireland peace process
McIlroy: Golf like NI peace process
Tuchel: Champions League semi-final defeat 'tough to accept'
Tuchel: Defeat tough to accept
Super-sub Joselu strikes again as comeback kings Madrid pounce
Data Debrief: Madrid 2-1 Bayern
'You can never be settled' – Bellingham dreaming of more after Champions League comeback
Bellingham: Real Madrid are family
Real Madrid 2-1 Bayern Munich (4-3 agg): Joselu late show seals Champions League final spot
Report: Madrid 2-1 Bayern (4-3 agg)
Aston Villa ready for 'biggest challenge' says Emery
Villa ready for huge test
Club Brugge 1-1 Fiorentina (3-4 agg): Viola seal Europa Conference League final return
Brugge 1-1 Fiorentina (3-4 agg)
IPL: Sensational Sunrisers dispatch Super Giants
SRH dispatch LSG with 10-wicket win