Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, dijangka tidak menyertai barisan atlet negara dalam perancangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk kembali memulakan latihan bulan depan.
Perkembangan berkenaan menyaksikan pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi lelaki dengan jarak 68.22 meter (m) itu terpaksa meneruskan latihan bersendirian dan menunggu lebih lama sebelum dibenar menyertai sesi latihan bersama rakan sepelatih.
Presiden KOM, Datuk S.M. Muthu, berkata Jackie yang dirawat lebih dua bulan di Hospital Sibu, Sarawak, susulan positif COVID-19 memerlukan lebih masa untuk berehat selain membina semula kecergasan setelah dibenarkan pulang ke rumah, bulan lalu.
“(Situasi) Jackie Wong buat masa sekarang belum lagi, beliau kena rehat dulu disebabkan beliau telah berada di hospital lebih 70 hari. Jadi sekarang kami berikan beliau pelepasan dulu dan kami akan berbincang kemudian.
"Setakat ini kami kena mengikut sesi latihan yang macam dulu dan kami harap beliau dapat terus menyumbang pingat kepada negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Jackie, 28, dimasukkan ke Hospital Sibu pada 16 Mac selepas didapati positif COVID-19 dipercayai dijangkiti daripada bapanya.
Dalam pada itu, Muthu berkata KOM telah diberikan penerangan mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti digariskan badan Olahraga Dunia (WA), yang perlu dipatuhi atlet olahraga negara ketika menjalani latihan, dalam satu persidangan maya bersama badan tersebut baru-baru ini.
Jelasnya, KOM akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat untuk membentangkan mengenai kelonggaran SOP itu sebelum memulakan sesi latihan.
"Ántara kelonggaran SOP adalah atlet tidak perlu memakai pelitup muka yang boleh mengganggu penafasan atlet ketika berlatih. kami masih ada beberapa sesi sidang dan selepas sesi terakhir baru kami maklumkan kepada KBS," katanya.
Sementara itu, beliau berkata KOM sedang mempertimbangkan cadangan untuk menganjurkan satu kejohanan remaja peringkat Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun depan, namun tiada sebarang ketetapan dibuat memandangkan perkara itu masih di peringkat perbincangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 18 2020
Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia: Zamir, Marosuraya muncul sebagai atlet terbaik
Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia kali keempat pada 27 dan 28 April lalu menyaksikan dua atlet pelapis dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
GP Olahraga Para Dunia: Ridzuan Puzi mendunia di Maghribi
Jaguh emas Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi kekal berada di kelas tersendiri apabila berjaya menyambar pingat emas bagi acara 100 meter kategori T35/36 (kecacatan fizikal) di Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia Marrakesh di Maghribi, semalam.
Olahraga: Atlet muda negara raih gangsa di Dubai
Atlet remaja skuad olahraga negara terus melakar keputusan positif dalam Kejohanan Asia B-20 susulan kejayaan Pengiran Aidil Auf Hajam yang meraih pingat gangsa dalam acara 200 meter.
Olahraga: Ng Tak Sing butirkan gangsa pertama Malaysia di Kejohanan Asia B-20
Ng Tak Sing muncul individu pertama meraih pingat buat Malaysia di Kejohanan Olahraga Asia B-20 menerusi acara lompat kijang dengan lompatan 15.62 meter.
Rentas desa: Kasih ibu bawa ke podium
Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, aktiviti membabitkan di luar kelas sekolah rancak diadakan.
Olahraga: Nur Afrina Batrisyia terpaksa tolak tawaran Universiti Auburn, pilih kekal di Malaysia
Hasrat pelari pecut sensasi wanita negara, Nur Afrina Batrisyia Rizal, untuk mengikut jejak Azeem Fahmi berkelana ke Amerika Syarikat (AS) kelihatan tidak kesampaian.
Terbuka Johor Super Series 1: Penganjuran mirip Diamond League satu transformasi positif
Sukan olahraga di Malaysia melalui satu transformasi positif dengan penganjuran Kejohanan Terbuka Johor Super Series 1 yang menutup tirai semalam.
Terbuka Johor Super Series 1: Info siaran langsung tetamu Nadi Arena
Terbuka Johor Super Series 1 telah melabuhkan tirai semalam selepas berlangsung selama tiga hari di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru.
Larian Zaidatul Husniah masih berbisa
Olimpian negara, Zaidatul Husniah atau lebih mesra disapa dengan nama ‘adeq’ masih memegang gelaran ratu pecut negara apabila membolot dua acara individu 100 meter dan 200 meter wanita di Terbuka Johor Super Series 1.
IPL: Kumar the hero as Sunrisers stun Royals for final-ball win
Rajasthan Royals needed two runs from the final ball to beat Sunrisers Hyderabad on Thursday, but Bhuvneshwar Kumar had other ideas.
Nuno demands Premier League resolves PSR 'mess' as Forest await appeal verdict
Nottingham Forest's appeal against a four-point deduction was heard last week, with the outcome expected to be released soon.
France defender Hernandez to miss Euro 2024 after suffering ACL injury
PSG's Hernandez suffers ACL injury
Swiatek races into Madrid Open final with dominant win over Keys
Iga Swiatek's march towards a first Madrid Open crown continued on Thursday as she swatted Madison Keys aside to reach the final.
Tonali set for August return after receiving suspended two-month ban from FA
Tonali gets suspended ban from FA
Will Still leaves Reims job with immediate effect
Will Still leaves Reims job
'It's a joke' – Ten Hag slams reports of Man Utd fire sale
Ten Hag: Man Utd reports 'a joke'
Thomas Cup: Malaysia advance to semis after Japan mauling, to face China
Malaysia secured a long-awaited spot in the Thomas Cup semi-finals courtesy of a stunning 3-1 victory over Japan, and the team will now go on to face host China in the last four on Saturday.
Dyche still demanding 'the hard yards' from Everton despite Premier League safety
Everton head to Luton Town knowing their safety is secured after the Toffees reeled off three Premier League wins on the spin.
Grealish praises 'togetherness' in Man City's squad during title charge
Grealish: Togetherness is key