Kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue, boleh berkompromi andai pihak pengurusan kelab itu mahu membayar tunggakan gajinya secara ansuran tetapi bersyarat.
Tambahnya, pekongsiannya mengenai tunggakan gaji selama tujuh bulan sebelum ini bukanlah sesuatu yang diada-adakan, malah dia berterima kasih andai pembayaran dua bulan pertama gajinya dapat dilangsaikan minggu depan.
Timbul desas-desus bahawa pemain dengan gelaran Mr. Kuala Lumpur itu akan meninggalkan skuad Warga Kota berkenaan tetapi Josue menegaskan bahawa dia tidak akan berpaling daripada pasukan kesayangannya itu.
"Saya tiada masalah, saya sudah katakan berkali-kali (sedia bertoleransi) jika kelab ini mengalami masalah kewangan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Mereka boleh membayarnya secara ansuran atau apa-apa cara tetapi sudah pasti ia perlu datang dengan kertas cadangan dan saya perlu memikirkannya bersama keluarga saya.
"Tetapi saya harap semuanya akan baik-baik sahaja. Saya hanya harap gaji pemain-pemain kami dapat dibayar minggu depan seperti yang dijanjikan agar sekurang-kurangnya dapat melegakan beban mereka kerana semua pemain sedang bergelut daripada segi kewangan."
Mengulas mengenai spekulasinya akan meninggalkan KL City, Josue berkata: "Tidak sama sekali, saya sudah berbincang dengan Stanley (Bernard, Ketua Pegawai Eksekutif KL City) beberapa kali.
"Saya tidak mahu tinggalkan pasukan ini, saya tidak mahu meninggalkan negara ini dan saya tidak mahu ke pasukan lain.
"Bagi saya, segalanya amat mudah untuk diselesaikan dan saya hanya memerlukan kelab untuk memberikan saya komitmen mereka untuk membayar gaji saya.
"Saya masih ada kontrak dua tahun, jadi jika kelab ada masalah dan perlukan sedikit pengurangan, saya tiada masalah.
"Tetapi sudah pasti saya memiliki bayaran gaji yang termaktub dalam kontrak dan mahukan gaji tepat pada masanya tetapi jika mereka bergelut, saya tiada masalah untuk bertimbang rasa," katanya.
Muzaffar Musa
Mon Jul 15 2024
Real Madrid 'no class' -- Presiden LFP
Presiden Liga Bolasepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas, mengkritik Real Madrid selepas kelab itu memboikot Majlis Anugerah Ballon d'Or sebaik mengetahui wakil mereka, Vinicius Junior, tidak memenangi anugerah utama berkenaan.
Undian Piala EFL: Spurs layan kunjungan Manchester United, Liverpool bertandang ke Southampton
Tottenham akan melayani kunjungan Manchester United dalam perebutan tempat ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) pada 17 Disember depan.
Piala EFL: Gakpo mahukan 'lebih' selepas bawa Liverpool ke suku akhir
Cody Gakpo menggenggam watak wira dengan dua golnya ketika membantu Liverpool menewaskan Brighton 3-2 dalam perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium American Express awal pagi tadi.
Piala EFL: Pep Guardiola salahkan masalah kecederaan punca Manchester City tersingkir di tangan Spurs
Pep Guardiola mengakui Manchester City sedang berada di posisi sukar dengan masalah kecederaan selepas tewas 1-2 di tangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan Piala EFL di laman lawan itu awal pagi tadi.
Piala EFL: Isak wira Newcastle singkir Chelsea
Newcastle United mara ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) apabila menumbangkan Chelsea 2-0 di St James Park awal pagi tadi.
Piala EFL: Van Nistelrooy kembali bawa keceriaan di Old Trafford
Manchester United layak ke suku akhir Piala EFL dengan menewaskan Leicester City 5-2 di Old Trafford awal pagi tadi.
Piala Presiden: Selangor, JDT berentap dalam final
Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berentap dalam dua aksi final Piala Presiden 2024.
Abdi Hassan terima dua tanggungjawab besar dalam tempoh dua minggu
Abdi Hassan memegang amanah besar apabila dilantik sebagai ketua jurulatih sementara -- dua minggu selepas dilantik sebagai pemangku penolong ketua jurulatih Selangor.
Aksi Harimau Malaya bertemu India diawalkan sehari
Harimau Malaya akan berentap dengan India sehari awal atas persetujuan bersama dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.
Raja Imran sedia tukar bidang demi bela nasib pemain Liga-M
Bekas pertahanan Perak, Raja Imran Shah Raja Amin, sedang meneliti peralihan karier daripada bergelar pemain bola sepak ke seorang peguam berikutan jurusan undang-undang yang dipelajarinya di universiti.
Martin wants Southampton to keep on smiling
Preview: Southampton v Everton
'I couldn't ask for more' - Van Nistelrooy salutes Man Utd players after Leicester victory
Ruud: 'I couldn't ask for more'
Cooper pragmatic about disappointing defeats ahead of Ipswich clash
Preview: Ipswich Town v Leicester
Extremadura 0-4 Girona: Miovski helps injury-hit visitors into next round
Report: Extremadura 0-4 Girona
Guardiola laments injury issues for City after Spurs loss
Pep: Injuries an issue
Howe hopes high-pressing Newcastle inspired by Chelsea win
Howe hails Magpies pressing
Postecoglou lauds 'ever-evolving' Spurs after eliminating Man City
Postecoglou: Spurs always evolving
Aberdeen deliver statement win over Rangers to keep pace with Celtic
Undefeated Aberdeen maintain pace
Tottenham host Man Utd in headline EFL Cup quarter-final tie
Tottenham-Man Utd headlines QFs
Gakpo still wants more despite firing Liverpool into EFL Cup quarter-finals
Gakpo still wants more for Reds