Ironman: Desaru bakal terus jadi venue pilihan -- CG Lim

Ammar Hakim
May 15, 2023 17:01 MYT
Pengarah Ironman rantau Asia, CG Lim berharap Desaru akan terus menjadi venue pilihan 'multisport festival' untuk beberapa tahun yang akan datang.
Dengan suasana menarik serta lokaliti strategik yang dimiliki Desaru pastinya mampu untuk menjadi tarikan buat para peserta dari dalam dan juga luar negara.
Jelasnya lagi, pihaknya sedia untuk meneliti penambahbaikan penganjuran multisport festival selepas ini dan tidak menolak kemungkinan untuk mempelbagaikan acara serta aktiviti sukan.
Untuk edisi tahun ini, tiga acara utama ditawarkan iaitu Ironkids, Triathlon 5150 serta Ironman 70.3.
"Ia adalah tempat yang cukup strategik untuk kami menganjurkan saingan di sini," katanya.
"Terdapat banyak saingan yang boleh dianjurkan jadi ia boleh menjadi satu pusat dan tarikan untuk datang ke sini. Jadi saya berharap semua pihak dapat membantu bagi merealisasikan usaha ini."
#Sukan Lain #Ironman #Ironkids
;