Inilah waktunya! Asmawi mahu skuad negara buru trofi terbesar pentas ASEAN
Ammar Hakim
October 11, 2024 22:01 MYT
October 11, 2024 22:01 MYT
Sempena ASEAN Mitsubishi Electric Cup (AMEC) yang akan membuka tirai pada bulan Disember ini, bekas pemain kebangsaan yang juga merupakan legenda Selangor, Asmawi Bakiri, berkongsikan kemampuan pasukan negara untuk kembali memburu gelaran selepas kali terakhir memenangi 14 tahun lalu.