'Inilah tangan Jojo yang patah, sebelum lawan lagi dah patah'


September 9, 2024 11:01 MYT

Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168 Denver, Sabtu lalu.

Johan atau mesra dengan panggilan Jojo berkongsi perkara tersebut di laman Facebook miliknya selain turut memuat naik video keadaan tangannya itu.

Menurut Jojo, dia mengalami kecederaan tersebut enam minggu sebelum perlawanan yang menyaksikan dia menumbangkan Cruz dalam aksi di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat.

"Jojo" sees it first hand ? What's next for 17-year-old striking sensation Johan Ghazali? Watch the full ONE 168: Denver event replay: ???? on Prime ? https://t.co/0ZILlG5VTp ? on https://t.co/eBUfsOmxDL (geo-restrictions may apply) pic.twitter.com/vsb5pzz0Wx

— ONE Championship (@ONEChampionship) September 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malah, Jojo berkata, dia hampir menarik diri namun bersyukur kerana sempat pulih sebelum aksi menentang petarung Mexico itu.

"Inilah tangan Jojo yang patah sebelum lawan lagi dah patah. Jojo hampir tarik diri dan ramai tak tahu.

"Tetapi, Alhamdulillah ALLAH bagi semangat," katanya.

LIGHTNING FAST ⚡ 17-year-old phenom Johan "Jojo" Ghazali stops Edgar Tabares in 36 seconds!#ONEFightNight17 | ? Live Now ???? Watch live on Prime ? https://t.co/duKj2fOmoS ? Live TV broadcast in 190+ countries (check local listings) ? Also available on… pic.twitter.com/mW4Vg43hsC

— ONE Championship (@ONEChampionship) December 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam aksi menentang Cruz itu, Jojo hanya memerlukan satu pusingan untuk menumbangkan lawannya itu secara knockout (KO).

Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699). - Sinar Harian

#Muay Thai #ONE Championship #Johan Ghazali
;