Hoki Piala Sumbangsih: THT pecah dominasi TNB untuk bergelar juara
January 4, 2025 23:23 MYT
Terengganu Hockey Team (THT) memecahkan kebuntuan apabila menyekat hajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bergelar juara dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil sebentar tadi.
Bintang Korea Selatan merangkap pemain import TNB, Jang Jong-hyun, terlebih dahulu menjaringkan gol buat juara bertahan pada minit ke-27, namun ia tidak mengancam kem THT untuk melakar kebangkitan.
Liga Hoki Malaysia 2025 : THT sekat hajat TNB untuk pertahan Kejuaraan Treble apabila menjulang Piala Sumbangsih & membawa pulang 3 mata berharga hasil kemenangan 2-1. Gol THT hasil sentuhan ‘Otai Masih Berbisa’ Faizal Saari & Tengku Ahmad Tajuddin.@ASTROARENA pic.twitter.com/D5Coen4eej
— karlnunis (@_karlnunis) January 4, 2025
Untuk rekod, itu merupakan kali pertama Hanis Nadiah menjaringkan gol secara peribadi selepas bangkit daripada dibelenggu masalah kecederaan anterior cruciate ligament (ACL), sebelum ini.