Hidup mati saya untuk sukan ini -- Azizulhasni
Ammar Hakim
August 13, 2024 20:23 MYT
August 13, 2024 20:23 MYT
‘Hidup mati saya untuk sukan ini, bahkan in certain situation keluarga saya letak nombor dua’, itu kata-kata pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, apabila membincangkan mengenai masa depannya.
Misi peribadi Azizulhasni di Paris gagal direalisasikan apabila tersingkir di pusingan pertama acara keirin.
The pocket rocketman juga telah mengumumkan persaraannya daripada sukan tersebut ketika ditemubual oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam ketika di Paris tempohari.
Selepas tiba di Malaysia, Azizulhasni menjelaskan dia memerlukan masa, mahu berbincang dengan keluarga samada untuk meneruskan keputusan bersara atau sebaliknya.
‘Hidup mati saya untuk sukan ni, bahkan in certain situation keluarga saya letak no 2’ Datuk Azizul Hasni Awang, perlukan masa, berbincang dengan keluarga semada teruskan keputusan bersara atau sebaliknya.@ASTROARENA pic.twitter.com/eI48JFJbmd
— FinaNasrom (@fnasrom) August 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Azizulhasni ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas baru sahaja tiba dari Paris sebentar tadi.