Harap bersabar, segalanya akan dijelaskan kelak -- Ruben Amorim
Ammar Hakim
October 31, 2024 07:53 MYT
October 31, 2024 07:53 MYT
Ruben Amorim berjanji untuk memberikan penjelasan mengenai sama ada dia bakal menyertai Manchester United selepas perlawanan Sporting CP yang seterusnya.
Amorim kelihatan bakal menuju ke Old Trafford sebagai pengganti Erik ten Hag, yang dipecat Isnin lalu.
Ruud van Nistelrooy ketika ini bertindak sebagai pengendali sementara United, dan telah memimpin Red Devils menang 5-2 ke atas Leicester City dalam aksi Piala EFL semalam.
Amorim pantas muncul sebagai sasaran utama United, walaupun mereka terpaksa berunding dengan Sporting mengenai bayaran pampasan, manakala laporan juga mencadangkan jurulatih berusia 39 tahun itu perlu memberikan tempoh notis di kelab Lisbon.
Bercakap menjelang perlawanan Sporting menjelang Estrela da Amadora pada hari Jumaat, Amorim meminta semua pihak bersabar, kerana dia berkata lebih banyak penjelasan akan diberikan selepas perlawanan itu.
"Ia adalah rundingan antara dua kelab. Ia tidak pernah mudah, walaupun dengan klausa [pelepasan]. Mereka perlu berbincang," katanya.
"Kami akan mendapat penjelasan selepas perlawanan [pada hari Jumaat], ia akan menjadi jelas. Jadi satu hari lagi dan selepas perlawanan esok, kami akan membuat keputusan."
2/2 - In all competitions during his top-flight managerial career, Rúben Amorim has only faced three managers more than once and lost every game, one of whom is Erik ten Hag (2/2 vs Ajax in 2021). Replacement? pic.twitter.com/VznesdTUg9
— OptaJoe (@OptaJoe) October 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.