Pengurus pasukan Manchester City, Pep Guardiola tidak pasti mengenai masa depan penjaga gol, Ederson.
City telah menandatangani Ederson daripada pasukan ternama Portugis, Benfica, pada 2017 dan pemain kelahiran Brazil itu penting dalam menyumbang kejayaan Guardiola.
Ederson telah beraksi dalam 250 perlawanan Liga Perdana bersama City, memenangi enam kali gelaran.
Dia juga mempunyai 112 rekod tanpa bolos, mencatatkan peratusan menyelamatkan jaringan sebanyak 68.17.
Bagaimanapun, Ederson menarik minat pasukan daripada Arab Saudi, dan Guardiola mengakui pemain berusia 30 tahun itu mungkin akan menerima tawaran itu.
“Saya mahu dia kekal tetapi ia bergantung kepada tawaran kelab lain,” kata Guardiola selepas kekalahan dalam perlawanan persahabatan City 3-4 kepada Celtic selepas Ederson hanya bermain pada separuh masa kedua perlawanan itu.
“Saya tidak tahu keadaannya, saya sudah lama tidak berhubung dengannya.
"Dia masih berlatih bersama kami sehingga jendela perpindahan tamat dan kita akan lihat."
Seorang pemain yang juga berpotensi untuk meninggalkan City pada musim panas ini adalah, Kalvin Phillips.
Bekas pemain tengah Leeds United itu sukar menyesuaikan diri selama dua tahun sejak dia menyertai City, dan pertukaran pinjaman ke West Ham musim lalu tidak berjalan mengikut perancangan.
Guardiola berkata Phillips dikeluarkan pada separuh masa menentang Celtic untuk mengelakkannya daripada terkena kecederaan yang lebih teruk dan meneruskan sesi pemulihan daripada kecederaan itu, tetapi ketika ditanya mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun itu, Guardiola berkata: "Saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Dia tahu keadaannya, dan kita akan lihat."
Fatin Ruzaiman
Thu Jul 25 2024
Pengurus baru England? Ini jawapan Pep Guardiola
Pep Guardiola menolak dakwaan dia telah memutuskan untuk mengambil alih jawatan sebagai pengurus baru England yang seterusnya.
EPL: Kelab Arab Saudi intai khidmat penjaga gol Manchester City, Ederson
Penjaga gol, Manchester City, Ederson masih belum memberi sebarang bayangan untuk melanjutkan kontrak bersama penyandang juara Liga Perdana Inggeris yang berbaki 18 bulan lagi.
EPL: Kovacic dedikasi dua gol Manchester City buat bakal anaknya
Mateo Kovacic mendedikasikan dua jaringannya buat anaknya yang bakal lahir ketika menjadi wira kemenangan Manchester City menewaskan Fulham 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad lewat malam tadi.
UCL: Slovan Bratislava jadi mangsa amukan Manchester City
Pemenang 2023 juga prospek juara Liga Juara-Juara, Manchester City mula mendapatkan rentak kemenangan apabila membelasah kelab Slovakia, Slovan Bratislava, 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Tehelne Pole, Bratislava.
EPL: Guardiola kecewa sentuhan penyudah tidak menyebelahi Man City
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, meratapi sentuhan penyudah pasukannya selepas seri 1-1 dengan Newcastle United semalam.
EPL: Arteta perjelas persaingan takhta liga tidak jejas hubungan dengan Guardiola
Mikel Arteta menegaskan persaingan takhta liga antara Arsenal dan Manchester City tidak akan menjejaskan hubungannya dengan Pep Guardiola.
EPL: Kegagalan musim lalu jadi tonik Arsenal buru kejuaraan, kata Arteta
Mikel Arteta percaya keazaman Arsenal untuk membetulkan kesilapan mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu adalah perbezaan untuk pemainnya kali ini.
EPL: City tetap aspirasi takhta liga tanpa kelibat Rodri
Pep Guardiola menegaskan kecederaan Rodri tidak akan menghalang Manchester City dalam usaha mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut, setelah mengatasi situasi sama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Piala EFL: Gol perdana Nunes pastikan Manchester City atasi Watford
Gol pertama Matheus Nunes bersama Manchester City membawa pasukan bimbingan Pep Guardiola itu ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Watford 2-1 di Stadium Etihad awal pagi tadi.
EPL: Bernardo Silva sindir mentaliti pemain Arsenal
Pemain Manchester City, Bernardo Silva, menyindir corak permainan Arsenal yang menjadi faktor pasukan itu masih belum merangkul trofi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL), sehingga hari ini.
D.C. United v Charlotte FC: Lesesne says hosts' confidence is sky high
Preview: D.C. United v Charlotte FC
Alcaraz beats Nadal in emotional 6 Kings Slam semi-final
Alcaraz beats Nadal in Saudi Arabia
Bompastor's 100% start continues as Chelsea overcome Twente
Chelsea stay perfect versus Twente
Man Utd confirm Mainoo out for 'a few weeks' with muscle injury
Man Utd midfielder Mainoo sidelined
Messi has 'more years to play', but unwilling to make World Cup commitment
Messi has 'more years' to play
Sinner repeats Djokovic success to reach 6 Kings Slam final
Sinner overcomes Djokovic again
Clippers star forward Leonard sidelined indefinitely
Clippers F Leonard out indefinitely
Philadelphia Union v FC Cincinnati: Curtin admits hosts' playoff chances are slim
Preview: Philadelphia v Cincinnati
Women's Super League predictions: Man Utd and Chelsea to stay perfect, winning start for Slegers?
WSL Predictions MD5
South Africa stun Australia to reach T20 World Cup final
Anneke Bosch smashed an unbeaten 74, the best score of the tournament, to guide South Africa to the final of the Women's T20 World Cup.