Golf: Tiger Woods ketepikan isu kecederaan panjang
Husna Zainudin
December 11, 2024 15:08 MYT
December 11, 2024 15:08 MYT
Kehadiran bintang golf dunia, Tiger Woods, dan anaknya, Charlie Woods, bakal menghangatkan saingan Kejohanan PNC yang dijadual bermula 20 Disember depan di Orlando, Florida.
Meskipun belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan belakang September lalu, Woods tetap tekad untuk turun membuat penampilan kelima di kejohanan itu.
Gandingan bapa dan anak ini merekodkan kedudukan tempat kelima pada 2023 dan berjaya memperbaiki kedudukan mereka ke tempat kedua, tahun lepas.
Tiger Woods and his 15-year-old son Charlie will compete in next week's PNC Championship, the first event for the 15-time major winner since undergoing back surgery last September, organizers have said. https://t.co/0mu6LuFOsp
— The Japan Times (@japantimes) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Juara dunia 15 kali itu meluahkan rasa gelisah mengenai masa depannya dalam karier golf selepas mengambil kira kesihatannya yang semakin tidak mengizinkan.
"Semangat untuk bertanding itu masih ada tetapi saya kena terima hakikat tubuh badan ini tidak akan pulih seperti dahulu terutamanya selepas menjalani pembedahan," katanya.
Kejohanan ini bakal menampilkan legenda Jerman, Bernhard Langer dan anaknya Jason Langer yang muncul juara pada penganjuran edisi tahun lalu.