Golf Terbuka AS: Thomas temui rentak awal terajui saingan

Shaiful Shamsudin
September 18, 2020 10:48 MYT
Justin Thomas membuka langkah kanan dalam Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mencatat lima di bawah par 65 sebagai rekod baru untuk bekas pemain nombor satu dunia itu memimpin pusingan pembukaan dengan satu pukulan.
Tiga birdie berturut-turut bermula lubang kesembilan dan yang terakhir memacu Thomas ke puncak berbekalkan catatan terendah, 66, di Winged Foot.
Thomas -- juara PGA AS 2017 -- mengakhiri cabaran hari pertama di depan Patrick Reed, Thomas Pieters dan Matthew Wolff dalam permainan di New York, sebentar tadi.
Lapangan yang terkenal dengan rumput keras dan kasar itu, bagaimanapun, tidak memperlahankan rentak kejohanan edisi ke-120 berkenaan apabila beberapa catatan rendah terhasil, bahkan Thomas menepati peraturan pukulan dalam 14 daripada 18 lubang tersebut.
Bekas juara Masters, Reed, pula berharap dapat meneruskan perjuangannya menuju ke hujung minggu ini selepas mengakhiri hari pertamanya dengan ketinggalan satu pukulan -- pemain tempatan itu merakamkan 66 pukulan untuk catatan tiga par di lubang 7 apabila bola itu hanya melantun sekali sebelum masuk ke lubang.
Namun, Reed bukanlah satu-satunya pemain yang membuat pukulan mengagumkan di lubang itu apabila Will Zalatoris turut mengulangi prestasinya manakala Wolff juga hampir melakukannya.
Walaupun kecewa gagal mengikut jejak itu, Wolff kembali menghidupkan peluang kejuaraan menerusi tiga birdie berturut-turut selepas memulakan sembilan lubang awal dengan bogey.
Pieters mengekori rapat Thomas hasil pembukaan terbaik dan pemain Belgium itu menamatkan saingan hari ini dengan birdie untuk memintas Rory McIlroy dengan catatan tiga bawah par.
Juara utama empat kali dan pemenang Terbuka AS 2011, McIlroy, yang kemarau kejayaan sejak 2014 melakar empat birdie dan bogey tunggal dalam permulaan yang memberangsangkan sementara Jon Rahm mencatat 69.

One hop and in! An ace for @PReedGolf. ? pic.twitter.com/IGuf5koe3B

— PGA TOUR (@PGATOUR) September 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, hari ini mungkin hari yang mahu dilupakan beberapa pemain ternama yang memerlukan kebangkitan dalam pusingan kedua.
Juara bertahan, Gary Woodland, dengan catatan empat di atas par, satu pukulan lebih buruk berbanding pemain nombor satu dunia dan pemenang Piala FedEx, Dustin Johnson, Jordan Spieth serta Tiger Woods dan juara tiga Terbuka AS itu mengakhiri aksi dengan bogey berganda di dua lubang terakhir.
Selepas mencatat satu di bawah par 34 dalam sembilan lubang awal, pemain golf AS, Woodland, mencatat lima di atas par dalam baki lubang berikutnya untuk 74 pukulan keseluruhan bagi pusingan pembukaan itu.
Ia permulaan yang menyedihkan buat juara utama lima kali, Phil Mickelson, yang akan memasuki pusingan kedua dengan sembilan di atas par sementara pemenang PGA AS, Collin Morikawa, dengan tiga pukulan lebih baik.
#Justin Thomas #Golf #Terbuka AS
;