Golf Terbuka AS: McIlroy lega temui rentak di lapan lubang terakhir
Shaiful Shamsudin
June 18, 2022 09:05 MYT
June 18, 2022 09:05 MYT
Rory McIlroy berpuas hati dengan prestasinya melewati dua pusingan awal Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) di The Country Club apabila mengekori rapat saingan dengan catatan satu di bawah par 69.
McIlroy berusaha menghambat kedudukan Collin Morikawa dan Joel Dahmen yang mendahului dengan lima di bawah par, tetapi dia menutup pusingan kedua sebentar tadi itu dengan bergaya menerusi satu di bawah par selepas permulaan yang goyah.
Minggu cemerlangnya terancam di lubang ketiga sebelum dia menyelamatkan double-bogey dengan put sejauh 30 kaki untuk mendapatkan sedikit momentum. Dia kemudian melakukan birdie di lubang kelima dan kelapan, namun mencatat bogey di lubang keenam dan ke-10 untuk merakam di bawah satu par keseluruhan ketika permainan berbaki lapan lubang.
Selepas itu, juara Terbuka Kanada minggu lalu tersebut mempamerkan persembahan hebat menerusi birdie di lubang ke-12, 14 dan 17 sekali gus menyelamatkan pusingan berkenaan di bawah par dan mengekalkan defisit satu pukulan dengan pendahulu.
Bercakap kepada media selepas pusingan kedua itu, McIlroy menjelaskan apabila dalam kejohanan besar dia hanya perlu fokus untuk mengembalikan pukulan terbaiknya.
"Selepas 36 lubang dalam kejohanan utama, satu-satunya perkara yang ingin saya lakukan ialah meletakkan diri betul-betul dalam saingan menjelang hujung minggu," katanya.
“Untuk sebahagian kecil baki permainan (hari ini), nampaknya saya agak ketinggalan jadi saya perlu bekerja lebih keras sebelum beraksi dengan sangat baik di lapan lubang terakhir.
"Itulah matlamat saya. Selepas 10 bogey, saya cuma mahu mencuba untuk melakar pukulan di bawah par.
Birdie on No. 17 ?@McIlroyRory is T2 and one shot back.pic.twitter.com/Q3rfkWm3Ad
— PGA TOUR (@PGATOUR) June 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya memiliki beberapa kesempatan. Saya hanya bermain baik untuk lapan lubang, saya berpuas hati. Pukulan di fairways dan green memberikan saya peluang. Saya dapat bersaing semula."
Walaupun pernah menjulang empat gelaran utama tetapi kali terakhir ia berlaku adalah lapan tahun lalu, jadi dia menolak untuk menjadikan reputasi itu sebagai sandaran.
“Pada minggu ini saya perlu turun dengan tanggapan bahawa saya akan cuba memenangi kejohanan ini buat julung kalinya,” katanya.
“Sudah lama saya tidak bermain sebaik ini.
"Saya berpengalaman luas. Ya, memang saya pernah memenangi kejohanan utama dan kejuaraan besar yang lain tetapi hanya kerana saya pernah mengecapinya, ia tidak bermakna saya akan membuat pukulan yang lebih baik atau saya akan memukul put dengan lebih baik.
"Saya berada di kedudukan yang bagus. Saya sangat gembira dengan corak permainan saya dan saya fikir ia perkara yang paling mustahak."
Kedudukan lima teratas:
Morikawa -5
Dahmen -2
Hayden Buckley -2
Jon Rahm -3
McIlroy -1