Golf: Scheffler buktikan kenapa dia layak digelar nombor 1 dunia!
Sabrina Mustaffa
September 3, 2024 17:05 MYT
September 3, 2024 17:05 MYT
Scottie Scheffler mengukuhkan statusnya selaku pemain golf nombor satu dunia dengan aksi dominan di kejohanan penutup musim, Tour Championship di Atlanta.
Ia melengkapkan tahun yang menakjubkan buat pemain Amerika Syarikat (AS) ini yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris, Kejuaraan Master keduanya dan menjadi pemain pertama menang Kejuaraan Players Championship berturut-turut.
Scheffler yang memulakan pusingan akhir dengan berkelebihan lima pukulan ke atas Collin Morikawa, merekodkan empat bawah par 67 pukulan.
Dia berkelebihan empat pukulan ke atas Morikawa sementara seorang lagi pemain AS, Sahith Theegala, di tempat ketiga.