Golf Masters Selangor: Marcus Lim elak letak tekanan berlebihan

Saufi Tahir
January 20, 2025 20:59 MYT
Selain kehadiran pemain golf meningkat naik juga pemenang 'Order Of Merit ADT 2024, Itthipatburana-Tanyarat dari Thailand, pemain golf negara, Marcus Lim, turut curi tumpuan menjelang Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2025.
Terdahulu, Marcus Lim berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya menembusi kelompok tiga terbaik kejohanan itu pada 2024 dalam penyertaan pertamanya di kejohanan profesional.
Namun tahun ini, bagaikan satu cabaran berbeza pula bagi Marcus, apabila dia turut mengakui keadaan dirinya masih dalam proses pemulihan berikutan kecederaan siku kiri yang dialami pada Ogos tahun lalu.
"Umpama 'rollercoaster' buat saya dengan prestasi ketika ini, dan kecederaan yang masih ada.
"Apabila saya hadir dalam kejohanan ini tahun lalu saya tidak meletakkan sasaran, jadi jika saya kekalkan pemikiran itu pada hujung minggu ini saya akan dapat lakukan yang terbaik." katanya.
Dalam pada itu, Paul San, yang pernah mencipta 'hole in one' pada kejohanan berbeza tahun lalu turut bersedia untuk bersaing di kejohanan ini.
Paul percaya segalanya bakal diberikan di Kelab Golf Seri Selangor dan berharap, jika ada rezeki kejayaan ini akan menjadi penamat manis sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti.
"Saya rasa langkah yang bagus untuk memulakan tahun ini dengan kejohanan besar, saya berharap dapat lakukan yang terbaik." tambahnya.
#Golf #Golf Masters Selangor #Marcus Lim
;