Golf Masters Selangor: Afham Othman ikrar beri aksi terbaik, buat latihan tambahan

Saufi Tahir
January 20, 2025 19:20 MYT
Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2025 menyaksikan penyertaan menarik daripada pemain termuda, Afham Othman, yang masih berusia 14 tahun.
Afham mengisi slot yang ditinggalkan Anson Yeo susulan tidak dapat turut serta kerana urusan peribadi bersama keluarga di luar negara.
Walaupun masih muda, Afham menyatakan kesediaannya untuk memberi komitmen penuh dan menampilkan persembahan terbaik nanti.
Baginya, pengajuran dan pembelajaran berguna yang dikecapi di kejohanan ini amat diperlukan untuk mencipta kejayaan besar pada masa akan datang.
"Saya rasa gembira dengan slot ini, saya akan beri terbaik untuk kejohanan ini. Saya banyak berlatih lebih daripada selalu," katanya.
Sementara itu, ayahnya turut berkongsi pada awalnya dia berbelah bagi untuk melepaskan anaknya bertanding.
Namun, setelah berbincang dengan pihak Program Pembangunan Golf Remaja Negara (NJDP), keputusan diambil untuk memberi pendedahan berguna kepada anak kesayangannya itu.
Ini juga susulan kejayaan Afham menjadi naib juara Piala Dunia Remaja 2025 di Florida, Amerika Syarikat yang berlangsung pada 3 hingga 5 Januari lalu.
#Golf #Golf Masters Selangor #Afham Othman
;