Golf The Masters: Jon Rahm, Viktor Hovland kongsi pendahuluan awal
Shaiful Shamsudin
April 7, 2023 09:41 MYT
April 7, 2023 09:41 MYT
Birdie di lubang terakhir pusingan pertama memastikan Jon Rahm untuk menyertai Viktor Hovland sebagai pendahulu The Masters.
Hovland memiliki kelebihan tiga pukulan ketika dia memulakan pemburuan kejohanan utama tahun ini tersebut dengan mencatat tujuh di bawah par 65, sebentar tadi.
Rahm menyamai catatan pemain Norway itu untuk berkongsi kedudukan pendahulu di Augusta National di sebalik bermula dengan double bogey.
Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 itu merakamkan tiga di bawah par untuk memberikan amaran pencabarnya yang lain.
Rahm melakukan birdie di lubang ke-13, ke-15 dan ke-16 sebelum menyempurnakan putt pendek di lubang ke-18.
After a double-bogey start, Jon Rahm recovered to shoot a seven-under 65. #themasters pic.twitter.com/3aCqedvMcn
— The Masters (@TheMasters) April 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Cameron Young dan Brooks Koepka hanya dua pukulan di belakang duo itu dengan rakan senegara dari AS, Sam Burns, turut mengekori rapat dengan lima di bawah par melalui hanya lapan lubang.
Jordan Spieth, Shane Lowry, Xander Schauffele, Adam Scott, Joaquin Niemann dan Sam Bennett juga mencabar hebat dengan empat bawah par.