Golf Jelajah Toyota: Syahiran Syakir tekad teruskan momentum

Shaiful Shamsudin
February 28, 2024 12:38 MYT
Syahiran Syakir mengekalkan kedudukan kedua terbaik keseluruhan Kejohanan Golf Jelajah Toyota Trofi Tun Ahmad Sarji Edisi 2023 dengan meninggalkan pencabar terdekat, Danny Chia dan Edven Ying di Saujana Golf & Country Club, Selangor, hari ini.
Menurutnya, keinginan untuk merangkul kejuaraan makin membara selepas mereka mempamerkan aksi sebenar untuk mengintai ranking ke-10 terbaik musim ini.
"Saya menyasarkan menduduki ranking 10 terbaik.
"Selepas Hari Raya Puasa, saya akan beraksi pula dalam kejohanan di Glenmarie dan Thailand," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
#Golf