Golf Jelajah Toyota Q School: Zulaikah Nasser tepati ramalan juarai pusingan kedua
Muzaffar Musa
September 12, 2024 19:18 MYT
September 12, 2024 19:18 MYT
Pemain golf profesional, Zulaikah Nasser, menepati ramalan apabila cemerlang merangkul gelaran juara pusingan kedua Kejohanan Golf Jelajah Toyota Q School di Kota Seriemas Golf & Country Club, Negeri Sembilan, hari ini.
Pemain berusia 22 tahun itu merekodkan 214 pukulan dua bawah par untuk mengatasi dua pencabar terdekat, Afif Fathi dan Chan Khai Zane, yang kedua-duanya mencatat 219 pukulan tiga atas par.
Bagi Zulaikah, ia bukanlah satu kejayaan mudah memandangkan faktor cuaca dan angin menjadi cabaran terbesar untuk dia mempamerkan aksi terbaik.
"Pada hari pertama, ia amat mengecewakan kerana beraksi dalam hujan dan lapangan yang dipenuhi air," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Tetapi ia tidak membuatkan mental saya runtuh kerana semua orang akan melalui perkara sama.
"Cuaca semalam dam hari ini amat baik, jadi saya berada dalam perstasi yang amat baik," katanya.