Golf Jelajah Toyota Piala Alphard: Marcus zahir keterujaan muncul juara

Ammar Hakim
October 10, 2024 17:45 MYT
Kejohanan Golf Jelajah Toyota Piala Alphard yang berlangsung dari 8 Oktober lalu di Penang Golf Resort akhirnya melabuhkan tirai.
Pemain golf negara yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Marcus Lim, muncul juara selepas mencatat 209 pukulan 7 di bawah par untuk meninggalkan pesaing utama, Ben Leong dengan perbezaan satu pukulan.
Ternyata pusingan kelapan Jelajah Toyota di Pulau Pinang itu memberi kepuasan tersendiri buat Marcus walaupun mencatat boogey di lubang ke-16 dan 17, namun tiada masalah buatnya memandangkan pada ketika itu dia sudahpun berada di kedudukan selesa yang mustahil untuk dipintas Ben Leong.
Sementara itu, Zulaikah Nasser pula mengungguli saungan kategori wanita sebaik muncul juara hasil melakukan 215 pukulan, satu di bawah par.
Dia yang mendahului di setiap pusingan menzahirkan keterujaan dengan momentum terbaik yang dipamernya ini selepas kali terakhir menjuarai Jelajah Toyota di Piala Harrier September lalu, di Pahang.
#Golf
;