Giannis: Hanya 'penipu' tidak mahu bermain untuk Bulls
Muzaffar Musa
August 16, 2022 11:14 MYT
August 16, 2022 11:14 MYT
Giannis Antetokounmpo berkata hanya 'penipu' akan berkata mereka tidak mahu bermain untuk Chicago Bulls tetapi dia tetap komited dengan Milwaukee Bucks buat ketika ini.
Antetokounmpo merupakan satu-satunya pemain Bucks dalam NBA menandatangani kontrak jangka panjang blokbuster pada Disember 2020.
MVP NBA dua kali itu tidak memikirkan untuk meninggalkan Milwaukee tetapi memberikan jawapan yang jujur ketika ditanya sama ada perpindahan ke Bulls dapat menarik minatnya.
Dia berkata kepada Fox 32 Chicago Sports: "Saya fikir jika anda tanya sesiapa sahaja yang bermain bola keranjang, jika jawapannnya tidak, dia seorang penipu.
"Ia satu pasukan yang telah menjuarai kejohanan ini banyak kali, ia satu pasukan dengan seorang pemain terhebat (Michael Jordan) yang pernah bermain dalam sukan ini.
"Jadi, ia tidak masuk akal, semua orang mahu bermain untuk Chicago. Apa yang akan berlaku akan datang, anda tidak tahu.
"Mungkin saya akan bermain untuk Chicago tetapi buat masa ini, saya komited dengan Milwaukee," katanya.
I'm here for the ride ?? pic.twitter.com/I2CmBPR1NX
— Giannis Antetokounmpo (@Giannis_An34) August 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.