Gary Lineker tidak yakin bahawa Rasmus Hojlund mampu menandingi jangkaan dengan tanda harganya selepas pemain antarabangsa Denmark itu melengkapkan perpindahan GBP72 juta ke Manchester United.
Hojlund telah menyertai Red Devils dari Atalanta, akhirnya menamatkan pencarian penyerang selama musim panas ini. Pengendali pasukan, Erik ten Hag berharap pemain Denmark itu boleh menjadi penyelesaian kepada masalah United di hadapan, dengan pengendali kelahiran Belanda itu terpaksa membawa masuk Wout Weghorst secara pinjaman pada Januari.
Tetapi Lineker mempunyai keraguan bahawa United akan mendapatkan nilai wang mereka daripada Hojlund musim ini. Walaupun dia percaya penambahan lain Ten Hag seperti Andre Onana dan Mason Mount akan berjaya, dia mempersoalkan keputusan untuk membawa masuk pemain yang tidak pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris sebelum ini.
"Saya sangat tidak sabar untuk melihat penjaga gol baharu Manchester United, Andre Onana. Pemain Cameroon itu, dari Inter Milan, sangat bagus melakukan hantaran serta kawalan bola dan saya berminat untuk melihat bagaimana ia mengubah cara pasukan Erik ten Hag akan memulakan permainan di barisan pertahanan," katanya kepada The Sun.
"Kekuatan terbesar Onana adalah kelemahan sebenar David de Gea. Sudah tentu, Onana akan membuat beberapa kesilapan namun penjaga gol mampu meningkatkan kemampuan mereka di saat-saat penting dalam perlawanan.
"Mason Mount adalah seorang lagi pemain yang bagus. Dia pemain yang kurang mendapat penilaian kerana banyak perkara yang dia lakukan berada di bawah radar -- dia memberikana tekanan dengan baik dan bekerja keras.
"United telah membelanjakan banyak wang untuk penyerang Denmark berusia 20 tahun Rasmus Hojlund dari Atalanta dan saya tidak boleh mengatakan saya telah melihat kualiti dia dengan lebih terperinci. Mungkin mereka melihat dia lebih sebagai seorang untuk jangka panjang tetapi saya tidak yakin dia akan membuat perubahan untuk mereka."
Ammar Hakim
Sun Aug 06 2023
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik kini seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut dengan pencapaian bersejarah ity dianggap sebagai perkara rutin yang tidak dapat dielakkan.
Tidak layak beraksi di UCL, Ten Hag dan pemain berdepan potongan gaji
Skuad Manchester United nampaknya berdepan dengan kemungkinan pemotongan gaji besar-besaran berikutan kegagalan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara 2024-25.
Menangi takhta liga bersama Manchester City tidak akan pernah jadi bosan -- Phil Foden
Phil Foden tidak menjangkakan rasa bosan akan hadir bersama Manchester City untuk memenangi kejuaraan, selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu meraih mahkota Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut semalam.
Ungkapan terima kasih tidak cukup buat Jurgen Klopp -- Robertson
Andy Robertson berkata Liverpool 'sangat menghargai' Jurgen Klopp manakala Virgil van Dijk tidak mampu berkata apa-apa ketika perlawanan terakhir pengendali Jerman itu di Anfield.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Gol Moises Caicedo dan Raheem Sterling memastikan kemenangan 2-1 untuk Chelsea ke atas Bournemouth di Stamford Bridge, sekaligus membawa The Blues beraksi di pentas Eropah musim depan.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield, menamatkan tempoh Liga Perdana Inggeris yang tidak dapat dilupakan bersama The Reds.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
Musim menyedihkan Manchester United berakhir dengan pengesahan penamat Liga Perdana terburuk mereka, walaupun menang 2-0 hari terakhir menentang Brighton semalam.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Dominasi Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris dilanjutkan apabila mereka mencipta sejarah menjuarai gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak -- Wayne Rooney
Legenda Manchester United, Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
EPL: Cole Palmer Pemain Muda Terbaik Musim 2023/24
Selepas ditandatangani Chelsea dari Manchester City, Cole Palmer secara konsisten tampil prestasi dengan kualiti tertinggi sepanjang menyarung jersi The Blues
Leverkusen star Wirtz named Bundesliga Player of the Year
Wirtz named Bundesliga POTY
Kane injury doubt for England Euro 2024 squad
Harry Kane missed Bayern Munich's final two games due to a back injury that casts him as a doubt for England's upcoming tournament.
Pochettino prioritising continuity as Chelsea draw up transfer plans
Pochettino: Chelsea continuity key
Klopp planning private life after Liverpool exit, coaching return uncertain
The Jurgen Klopp era at Liverpool is over, with Feyenoord's Arne Slot primed to replace him for 2024-25.
Arsenal will win the Premier League if they keep pushing, says Arteta
Arsenal missed out on the Premier League title for the second consecutive season, finishing two points behind Manchester City.
Rodri suggests Arsenal's mentality cost them Premier League title
Rodri: Mentality cost Arsenal title
Malaysia Masters: Zii Jia aims to bring winning momentum to Malaysia Masters
Lee Zii Jia has promised to bring the same 'winning feeling' from his Thailand Open success to the Malaysia Masters this week.
Xavi unhappy with fans booing Laporta during Rayo Vallecano win
Barcelona secured a second-place LaLiga finish on Sunday, but post-match talk soon turned to Xavi's future once more.
PGA Championship: Scheffler unsure if arrest a factor after 'hectic' weekend
Scheffler unsure if arrest a factor
'It's a failure, not fatal' - Malone rallies Nuggets after Wolves defeat
The Minnesota Timberwolves pulled off a historic comeback to win the Western Conference semifinals 4-3 against the Denver Nuggets.