Gareth Southgate telah mendedahkan pemain pertahanan Arsenal, Ben White, tidak mahu dipilih beraksi bersama England buat masa ini.

Pemain berusia 26 tahun itu telah membintangi pendahulu Liga Perdana Inggeris musim ini namun tidak beraksi untuk pasukan kebangsaan sejak Piala Dunia 2022.

White pulang awal dari Qatar atas apa yang disebut oleh Persatuan Bola Sepak atas 'sebab peribadi' dan laporan kemudian muncul mengenai dakwaan pergaduhan dengan pembantu England, Steve Holland.

Southgate menafikan sebarang situasi sedemikian semalam, apabila dia berharap untuk memasukkan pemain pertahanan itu dalam skuadnya untuk perlawanan persahabatan pemanas badan Euro 2024 Mac menentang Brazil dan Belgium.

Pengurus itu mendedahkan White sepatutnya berada dalam skuad 25 pemainnya, menjelaskan, “Jelas sekali saya tidak boleh duduk di sini dan mengatakan dia tidak layak untuk menyertainya.

“Kami, John McDermott dan saya, mendapat panggilan daripada Edu (pengarah sporing Arsenal) minggu lalu (dan dia) berkata Ben tidak mahu dipertimbangkan untuk menyertai skuad England buat masa ini.

“Bagi saya itu adalah memalukan. Dia adalah pemain yang kami bawa ke Euro, pemain yang kami bawa ke Piala Dunia dan saya bercakap dengannya selepas Qatar kerana saya mahu memilihnya.

“Dia tidak tersedia untuk kami dan tiada isu antara staf dna pemain jadi saya juga harus mengatakan tidak pernah ada sebarang masalah dengan (jurulatih) Steve Holland kerana perkara itu telah disebut dalam artikel dan saya tidak menggemarinya.

“Saya mahu pintu pasukan kebangsaan sentiasa terbuka luas. Dia akan berada dalam skuad ini tetapi dia tidak tersedia untuk kami dan saya perlu memberi tumpuan kepada siapa yang boleh membantu kami."