Lionel Messi akan meninggalkan Paris St Germain pada penghujung musim, pengurus, Christophe Galtier, telah mengesahkan.

Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu akan membuat penampilan terakhirnya untuk kelab itu dalam perlawanan terakhir Ligue 1 kempen menentang Clermont pada hari Sabtu.

Penghijrahan pemain berusia 35 tahun itu selepas dua tahun di PSG telah lama dijangkakan dan ia secara rasmi dimaklumkan oleh Galtier pada sidang media semalam.

“Saya akan ambil tahu bahawa saya mempunyai keistimewaan melatih pemain bola sepak terbaik, Leo Messi,” kata Galtier dalam kenyataan yang disiarkan di laman web kelab, psg.fr.

“Sabtu akan menjadi perlawanan terakhirnya di Parc des Princes. Saya harap dia akan disambut dengan cara yang terbaik.”

Messi meninggalkan Barcelona ke PSG di tengah-tengah krisis kewangan di kelab Catalan itu pada 2021.

“Dia sentiasa ada, sentiasa hadir dalam sesi latihan.

“Walaupun kenyataan atau kritikan yang saya rasa tidak wajar sama sekali, dia sentiasa berkhidmat untuk pasukan, baik sebagai penyedia bantuan jaringan dan sebagai penjaring gol.

“Dia berumur 35 tahun, ada Piala Dunia pada pertengahan musim. Statistiknya di luar Piala Dunia, betulkan saya jika saya salah, tetapi saya fikir dia mempunyai 21 gol dan 22 bantuan jaringan, bermakna dia telah (menyumbang) 43 kali musim ini.”