Pertahanan Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, pula mengakui terkejut dan simpati dengan insiden yang menimpa Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

Giancarlo percaya, bola sepak adalah ejen penyatuan semua pihak dan insiden sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Dia turut mendoakan agar kedua-dua tonggak Harimau Malaya itu segera pulih dan kembali beraksi seperti sedia kala.

"Saya berharap Faisal dan Akhyar dalam keadaan yang baik. Ini merupakan satu tragedi yang tidak mahu dialami sesiapa sekalipun," katanya menerusi Nadi Arena.

"Mereka merupakan tonggak utama dalam skuad kebangsaan, saya akan sentiasa mendoakan kesihatan mereka dan berharap perkara ini tidak akan berulang."

Akhyar telah disamun Khamis lalu di Kuala Terengganu sementara Faisal Halim pula disimbah asid sulfurik pekat dan ketika ini sedang menjalani proses pembedahan di hospital.


Berita Berkaitan: Terkini: Selangor asingkan beberapa pemain berpotensi jadi mangsa serangan seterusnya

Berita Berkaitan: Faisal bakal jalani pembedahan jam 5 petang