Gagal capai sasaran tapi penyumbang utama pingat negara -- Kenny Goh
Najmi Iman
August 13, 2024 19:45 MYT
August 13, 2024 19:45 MYT
"Kami gagal mencapai sasaran sebenar di Sukan Olimpik Paris 2024", rumusan Setiausaha Agong Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, mengenai pencapaian pasukan badminton negara, baru-baru ini.
Meskipun menyatakan kegagalan keatas pasukan badminton negara, dia tetap berpuas hati sumbangan pingat untuk kontinjen Malaysia masih didominasi oleh kem badminton dalam setiap edisi Sukan Olimpik.
Kenny menegaskan bahawa keputusan menerbangkan atlet 10 hari lebih awal ke Paris adalah tindakan tepat bagi menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan gelanggang.
“Yes we failed to achieve target but remember, badminton still contributes medal to the entire contingent on almost every Olympics”- Datuk Kenny Goh@ASTROARENA pic.twitter.com/5uSAWciOep
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) August 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia seperti perasaan yang bercampur baur kerana kami semakin menghampiri untuk memenuhi impian namun, masih belum mampu.
"Saya berharap kami dapat memenuhi cita-cita itu kerana kami sangat menginginkan pingat emas dan saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan.
"Walaupun kami gagal mendapatkan pingat emas pertama negara tetapi harus diingat, kem badminton merupakan penyumbang utama pingat buat keseluruhan kontinjen Malaysia dalam semua edisi Sukan Olimpik," katanya.