Najmi Iman
Tue Aug 13 2024
"Kami gagal mencapai sasaran sebenar di Sukan Olimpik Paris 2024", rumusan Setiausaha Agong Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, mengenai pencapaian pasukan badminton negara, baru-baru ini.
Meskipun menyatakan kegagalan keatas pasukan badminton negara, dia tetap berpuas hati sumbangan pingat untuk kontinjen Malaysia masih didominasi oleh kem badminton dalam setiap edisi Sukan Olimpik.
Kenny menegaskan bahawa keputusan menerbangkan atlet 10 hari lebih awal ke Paris adalah tindakan tepat bagi menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan gelanggang.
"Ia seperti perasaan yang bercampur baur kerana kami semakin menghampiri untuk memenuhi impian namun, masih belum mampu.
"Saya berharap kami dapat memenuhi cita-cita itu kerana kami sangat menginginkan pingat emas dan saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan.
"Walaupun kami gagal mendapatkan pingat emas pertama negara tetapi harus diingat, kem badminton merupakan penyumbang utama pingat buat keseluruhan kontinjen Malaysia dalam semua edisi Sukan Olimpik," katanya.
Cheah Soon Kit, Razif Sidek harap kehadiran Kenneth Jonassen beri impak positif
Skuad yang menikmati kemanisan terakhir dalam mengecapi kejayaan menjuarai Piala Thomas, Cheah Soon Kit, serta bekas beregu negara, Datuk Razif Sidek mengharapkan perubahan angin daripada air tangan jurulatih Asia kepada tenaga Eropah bakal membuahkan hasil.
Masters Jepun: Fajar Alfian-Rian Ardianto padam kebangkitan Man-Tee
Perjalanan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, terkandas dalam pusingan 16 selepas disingkirkan pemain di kedudukan kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammaf Rian Ardianto, dalam Kejohanan Badminton Masters Jepun, di Kumamoto, sebentar tadi.
Masters Jepun: Kebangkitan bergaya pacu Lee Zi Jia ke suku akhir tewaskan ranking 34 dunia
Kebangkitan bergaya memacu pemain perseorangan profesional negara, Lee Zi Jia, melangkah ke suku akhir Masters Jepun selepas berhempas-pulas menewaskan Su Li Yang dalam pertembungan rubber set di Kumamoto, sebentar tadi.
Masters Jepun: Leong Jun Hao melangkah gagah ke suku akhir ketepikan wakil tuan rumah
Perseorangan negara, Leong Jun Hao, mempamerkan aksi cemerlang ketika menyingkirkan wakil tuan rumah, Koki Watanabe, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto sebentar tadi.
Masters Jepun: Aaron-Wooi Yik kandas pusingan kedua
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kandas dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Jepun apabila tewas secara set langsung kepada gandingan bukan pilihan dari Taiwan, Chia Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, di Kumamoto sebentar tadi.
Masters Jepun: Beregu 40 dunia tumbangkan Sze Fei-Nur Izzuddin dengan kemenangan straight set
Juara Terbuka China, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dikejutkan oleh gandingan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, di pusingan 16 Master Jepun di Kumamoto, sebentar tadi.
Masters Jepun: Pang Ron-Su Yin ke suku akhir, bangkit tumbangkan pilihan ketujuh dari Indonesia
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mencipta kejutan apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan beregu pilihan ketujuh dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto sebentar tadi.
Masters Jepun: Leong Jun Hao tumbangkan Lakshya Sen
Perseorangan negara, Leong Jun Hao, mencipta sensasi apabila menumbangkan jaguh India, Lakshya Sen, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto sebentar tadi.
Masters Jepun: Justin Hoh beri tentangan cukup hebat sebelum tersingkir di tangan Lee Zii Jia
Perseorangan meningkat naik negara, Justin Hoh, memberikan tentangan cukup hebat kepada perseorangan nombor satu Malaysia, Lee Zii Jia, sebelum tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto sebentar tadi.
Teka-teki kehadiran Kenneth Jonassen masih khabar angin, Hannah Yeoh yakin BAM buat keputusan tepat
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat kepercayaan penuh daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dalam melantik ketua jurulatih badminton perseorangan negara yang baru.
Venezuela 1-1 Brazil: Super sub Segovia holds Selecao to shock draw
Report: Venezuela 1-1 Brazil
Kelleher repays Ireland trust in Finland victory
Kelleher repays Ireland trust
France 0-0 Israel: Les Bleus advance despite frustrating Nations League draw
Report: France 0-0 Israel
Victory in Greece signals England are 'moving in the right direction', says Carsley
England 'moving in right direction'
ATP Finals: Sinner completes perfect group stage with Medvedev win
ATP Finals: Sinner perfect in group
Greece 0-3 England: Stunning Jones debut goal helps Three Lions go top
Report: Greece 0-3 England
Belgium 0-1 Italy: Azzurri advance to Nations League quarter-finals
Report: Belgium 0-1 Italy
Man City's clash with Chelsea will decide WSL title, suggests Taylor
City face potential title decider
Haaland and Gyokeres 'not a priority' for Barcelona, says Deco
Striker 'not a priority' for Barca
Cabal becomes second Juventus defender to suffer ACL injury
Juve's Cabal suffers ACL injury