Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mengambil iktibar susulan insiden padang rosak di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia malam tadi.
Pemerhati bola sepak negara, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata insiden yang berlaku itu sudah semestinya akan memberikan gambaran buruk kepada arena sukan Malaysia.
“Keadaan ini bagi saya adalah satu pengajaran yang sangat berguna kepada semua pihak, terutama PSM dalam menyediakan padang yang baik untuk aksi final.
"Kalau ikutkan, keadaan padang rosak ini bukan kali pertama berlaku kerana pada Pestabola Merdeka sudah berlaku perkara sama kerana padang digunakan awal dan tidak cukup tempoh matang.
“Kali ini pula kerana konsert yang menyebabkan padang rosak. Ia bagaikan satu jenaka dan lebih teruk mengundang kemarahan ramai orang. Bagi saya, PSM harus lebih peka dan ambil iktibar,” katanya.
Sebelum ini, rumput Stadium Nasional ditukar daripada jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia apabila pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjadi pencetus dan penaja utama kepada penukaran rumput itu.
Rumput itu digunakan buat kali pertama ketika aksi Pestabola Merdeka di antara Malaysia dan India, yang menyaksikan padang berkenaan mendapat kritikan selepas rosak teruk akibat keadaan rumput yang belum matang.
Ia bertambah baik ketika Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, yang menyaksikan Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi pembukaan Kumpulan D.
Bagaimanapun, keadaan padang itu sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai apabila konsert Coldplay yang berlangsung baru-baru ini menyebabkan keadaan rumput kembali rosak.
PSM tampil memohon maaf selepas keadaan padang itu tidak memuaskan selain mengakui tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaiki padang ke tahap optimum selepas konsert tersebut berlangsung.
Menurut Mohd Azraai, PSM perlu mempunyai perancangan teliti untuk sebarang penganjuran aktiviti di Stadium Nasional agar perkara sama tidak berulang.
“Mereka (pihak PSM) kena betul-betul memahami apa yang mereka lakukan, terutama mengetahui bagaimana rumput itu boleh tumbuh dengan baik mengikut masa.
“Bukan dengan memberi jaminan tetapi pada akhirnya padang tetap teruk dan menjejaskan perlawanan,” ujar jurulatih berpengalaman itu.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Sat Dec 09 2023
Liga Super: Hatrik Bergson da Silva pacu kemenangan JDT tewaskan Terengganu
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan dalam saingan minggu keenam Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Terengganu 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
SUKMA 2024: Faez Alias optimis Wilayah Persekutuan mampu beri cabaran pada Selangor, Penang
Berada dalam Kumpulan B bersama Penang dan Selangor, skuad sukma Wilayah Persekutuan sedar dengan keperluan mereka untuk tidak terlalu akur dengan kelebihan skuad Osmera Omaro.
Liga Super: Hakim Hassan positif tiada yang mustahil berdepan JDT
Tonggak tengah Terengganu, Nor Hakim Hassan, memberikan jaminan akan melakukan segala yang termampu seandainya disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad peteh bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.
Liga Super: Hector Bidoglio mahu pemain JDT pamer aksi terbaik
Kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT), diharap dapat memberikan aksi terbaik ketika melayan kunjungan Terengganu FC bagi saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Jumaat.
Liga Super: Sabah kembali ke landasan kemenangan atasi Negeri Sembilan
Sabah kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.
Separuh masa Liga Super: Sabah dahului Negeri Sembilan di Likas
Sabah mendahului Negeri Sembilan 1-0 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Stadium Likas ketika ini.
LWN: Kelana United janji jaga sebaiknya dua pemain Sukma sebelum serahkan kepada skuad negeri
Ketua jurulatih Kelana United, Fairuz Montana, berjanji akan memastikan dua pemain Sukma dalam pasukannya kekal dalam kondisi terbaik sebelum melepaskan mereka ke Sarawak.
Semangat patriotisme berjuang untuk negara, saya tidak dapat -- Kim Pan-gon
Bekas jurulatih negara, Kim Pan-gon, pulang ke pangkuan keluarga nya di Hong Kong hari ini pulang dengan ada rasa sebal di dada walaupun meninggalkan legasi bernilai dalam sejarah bola sepak moden tanah air.
Liga Super: KL City sedia beri kerjasama kepada FIB, MFL, FAM
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memberikan dana berkala selain sebuah syarikat swasta terkemuka yang bersetuju untuk menyalurkan dana satu juta sebulan sepanjang musim ini.
Kejohanan ASEAN AFF B-19: Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan, bangkit ikat Thailand
Skuad muda negara layak ke separuh akhir Kejohanan ASEAN AFF B-19 selaku juara kumpulan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Thailand 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya sebentar tadi.
Sessegnon rejoins boyhood club Fulham after Tottenham departure
Five years after leaving Fulham to join Tottenham, Ryan Sessegnon has made a return to Craven Cottage.
Paris get Olympic Games under way with stylish opening ceremony
The 2024 Olympic Games kicked off with a sprawling opening ceremony showing off the best of Paris during the celebration.
Norris 'not comfortable' despite setting pace in Belgium practice
McLaren finished one and two in Friday's second practice, but Lando Norris is still looking for improvements before Saturday's qualifying.
Dewsbury-Hall: Maresca will surprise people at Chelsea
Kiernan Dewsbury-Hall followed Enzo Maresca to Chelsea, and he is confident the Blues can mount a challenge this year.
ECB chief insists no decision made on Mott future
ECB chief: No decision on Mott
Ederson slams reports of rift with Man City backup Ortega
Ederson insists no rift with Ortega
Slot's Liverpool success will be measured by trophies, says McAllister
Slot success measured by trophies
Nurnberg 3-0 Juventus: Motta's men thrashed in first pre-season friendly
Substitute Dusan Vlahovic missed a penalty as Juventus lost their first pre-season friendly versus Nurnberg by a 3-0 scoreline.
Jones 'happiest he's ever been' at Liverpool under Slot
Arne Slot's tenure at Liverpool is under way, and Curtis Jones feels the new manager's tactics will suit him as he aims to become a starter.
England lose late wickets to leave third Test versus West Indies in the balance
England bowled West Indies out for 282 at Edgbaston on Friday, but three late wickets – two for Jayden Seales – saw the momentum switch.