Menjelang kehangatan final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu malam ini, penyokong Terengganu kelihatan bersemangat memberikan sokongan jitu kepada skuad Peteh kesayangan mereka.

Deretan penyokong Sang Penyu kelihatan berjalan kaki dari Taman Teknologi Malaysia menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas menunaikan ibadah solat Jumaat sebentar tadi.

Ikuti video di bawah hasil tinjuan daripada wakil kami di Astro Arena.