Final EURO 2024: Tayangan skrin besar meriah bagaikan pesta

Muzaffar Musa
July 15, 2024 20:53 MYT
Kemeriahan dan kehangatan aksi final Euro 2024 di antara Sepanyol dan England awal pagi tadi turut dirasakan di Malaysia menerusi tayangan skrin besar Astro Biz-one Watch Party yang diadakan di sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam.
Kehadiran penyokong setia kedua-dua pasukan, yang memenuhi setiap tempat duduk di sekitar skrin besar berkenaan, ternyata menggamatkan suasana sepanjang 90 minit dengan pelbagai gelagat dipertontonkan.
Antara tetamu istimewa yang turut hadir bersama ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith.
Euan, yang juga penyokong England, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, berkata: "Saya fikir England agak bernasib baik dapat ke final.
"Saya fikir kami terlalu banyak dapat peluang saat akhir, terlalu banyak gol kemenangan saat akhir dan terlalu banyak drama saat akhir.
"Ada masa ia kelihatan akan memihak kami tetapi malangnya ia tidak berlaku malam ini.
"Ayuh nantikan (liputan) Sukan Olimpik dalam beberapa minggu ini. Ayuh nantikan 399 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan kembali dan harap-harap pasukan saya, Liverpool, akan lebih baik tahun ini.
"Sepak Takraw (League, STL) juga akan tiba nanti, jadi ayuh lupakan kekalahan England malam ini.
"Ayuh nantikan liputan sukan yang luar biasa di Astro," katanya.
#bola sepak #England #Sepanyol #Astro #Euro 2024 #Skrin Besar
;