Selepas Thiago Augusto Fernandes, Felda United mendapatkan seorang lagi pemain import, Dino Djulbic, dari Australia bagi memperkukuhkan benteng akhir The Fighters dalam baki saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.
Perkara itu disahkan pengendalinya, B. Sathianathan.
Djulbic menggantikan pemain pertahanan, Mootaz Jounaidi, dari Lubnan untuk menyertai Thiago Augusto sebagai import baru Felda pada pertengahan musim ini.
Diuji dalam aksi persahabatan menentang skuad B-22 negara malam tadi, Sathianathan mengharapkan kehadiran bekas pertahanan Perth Glory berusia 34 tahun itu mampu mengimbangi kekuatan pasukannya.
"Kami sudah mendapatkan pemain import yang dikehendaki dan saya berharap kami tidak lagi kerap dibolosi sepertimana dalam perlawanan awal saya di sini.
"Saya harap kami dapat memperbaiki aspek itu," katanya.
Perlawanan itu turut menyaksikan kemunculan semula Thiago di Malaysia.
Kembali menyertai Felda selepas berpisah dengan Kedah, hujung tahun lalu, penyerang dari Brazil itu mencetuskan sensasi menerusi jaringan sulungnya.
"Thiago sudah masak dengan pemain-pemain di sini dan tahu senario bola sepak negara kita.
"Sebelum ini, banyak perlawanan yang kami kuasai tetapi gagal menghasilkan jaringan.
"Dengan adanya Thiago dan seorang lagi penyerang import, saya harap mereka boleh menyelesaikan masalah ini."
Skuad Felda dijangka melengkapkan pemain import ketiga dalam masa terdekat bagi menggantikan Luca Cano dari Argentina.
Penulis Jemputan
Wed Jun 07 2017
Bojan Hodak gariskan elemen lucu kemenangan Kuala Lumpur City
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, tiada masalah dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak akibat kecederaan apabila taktikal yang digunakan jelas membuahkan hasil ketika menundukkan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Darulmakmur, malam tadi.
Shukor buka gelanggang sintetik
Di sebalik isu tunggakan gaji yang membelenggu kancah bola sepak Malaysia, beberapa pemain mula menyediakan pelan persaraan.
Zahasmi anggap silap sendiri bawa padah
Ketua jurulatih Kelantan United (KUFC), Zahasmi Ismail, menganggap kesilapan sendiri sebagai pubca kekalahan 2-0 kepada The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi.
Yusri ingatkan pemain supaya kawal diri
Ada nasihat penting yang diberikan pengendali Kelantan, Yusri Che Lah kepada pemainnya menjelang aksi menarik menentang pendatang baharu, Kelantan United FC (KUFC) dalam aksi ketiga saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Kisah di sebalik nombor jersi Cruz
Penyerang import Pahang, Patrick dos Santos Cruz, memilih jersi nombor lima bersama skuad Tok Gajah kerana terselamat daripada kemalangan jalan raya yang hampir mengorbankan dirinya.
Padang becak jejas rentak kami - Jelius
Pengendali Sabah, Jelius Ating akui keadaan padang becak, selain air yang bertakung telah menjejaskan rentak permainan mereka ketika seri 1-1 dengan MISC-MIFA dalam aksi liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Piala Presiden: T-Team cemas sebelum ke suku akhir
Naib juara musim lalu, T-Team menarik nafas lega berjaya menempah slot ke suku akhir selepas mengutip satu mata berharga ketika seri 1-1 dengan Selangor dalam Piala Presiden di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, petang semalam.
Kemelut kewangan FAS selesai tahun depan -- Presiden
"InsyaAllah, kemelut pasukan akan berakhir pada tahun hadapan," itu janji Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais malam tadi.
Perak akan cuba beri yang terbaik -- Durakovic
“Apa yang yang kita ada, kita gunakan sebaik mungkin,” itu tegas jurulatih Perak, Mehmet Durakovic beberapa jam sebelum pertembungan tumpuan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukannya Perak di Stadium Larkin, malam ini.
Jelius puas hati persembahan 'skuad kecil' Sabah
Sang Badak tetap puas hati walaupun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi liga bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDT II), di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa