Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Astro hari ini mengadakan satu mesyuarat koordinasi bagi penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia.
Antara perkara utama yang dibangkitkan dalam sesi perbincangan itu adalah berkenaan latihan pengadil dan keperluan produksi dan teknikal bagi pelaksanaan sistem berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam, berkata semua pihak yang terlibat sedang giat berusaha bagi memastikan penggunaan VAR dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat tetapi ia memerlukan masa untuk kaji selidik yang teliti sebelum dilaksanakan.
Tambahnya, MFL dan FAM turut merancang untuk ke Vietnam untuk melihat sendiri bagaimana sistem itu digunakan.
"Ia perbincangan koordinasi VAR bagi melaksanakannya di peringkat tempatan dan juga mendapatkan pandangan daripada segi produksi dan rangkaian.
"Jadi, kehadiran Astro hari ini amat penting untuk memastikan perbincangan teknologi dan rangkaian kerana kami juga perlu mendapatkan pandangan daripada pakar industri.
"Banyak keperluan perlu dipertimbangkan oleh pemegang taruh. Bagi pihak FAM sendiri, ia melibatkan latihan buat pengadil dan bagi pihak MFL, ia melibatkan rangkaian, keperluan infrastruktur di stadium dan pelaksanaan di seluruh negara.
"Jadi, ia bukan satu jalan kerja yang mudah kerana ia juga memerlukan pertimbangan daripada pihak berkuasa tempatan disebabkan kita tahu kebanyakan stadium bukan diuruskan oleh pasukan, jadi kami memiliki pelbagai pemegang taruh untuk membincangkannya.
"Di sini, kita tahu kami sedang berusaha untuk mempercepatkan pelaksanaannya tetapi keperluannya adalah untuk melaksanakannya dengan betul.
"Kerana jika kita terburu-buru tetapi pelaksanaannya tidak dijalankan dengan betul, kita dapat lihat beberapa negara yang gagal dalam melaksanakannya," katanya.
Sebelum ini, delegasi FAM, MFL dan Astro turut mengadakan lawatan ke Singpura bulan lalu bagi menghadiri taklimat penggunaan VAR dalam Liga Perdana Singapura.
Penggunaan VAR dalam Liga Malaysia dilihat sebagai satu keperluan memandangkan terdapat beberapa pertikaian membabitkan mutu pengadilan dalam saingan musim ini."
Muzaffar Musa
Tue Jul 11 2023


Undi: Ini tiga final Piala Malaysia paling diingati, anda pilih yang mana?
Final piala Malaysia 2023 malam tadi antara yang bersejarah sepanjang penganjuran kejohanan tertua negara itu.

Final Piala Malaysia: Ucapan TMJ bikin meremang bulu roma!
Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar satu lagi sejarah baru menerusi kejuaraan 'quadruple' berganda susulan dinobat sebagai juara Piala Malaysia semalam.

Liga Pro Saudi: Cristiano Ronaldo bantu kemenangan besar Al-Nassr
Cristiano Ronaldo menjaringkan golnya yang ke-16 musim ini ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Riyadh 4-1 dalam saingan Liga Pro Saudi awal pagi tadi.

JDT terus kekal bisa tersendiri
Satu lagi sejarah dicipta Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya menggekalkan kejuaran Piala Malaysia musim ini apabila menewaskan Terengganu selain memggekalkan tiga lagi piala yang dipertandingan dalam Liga Malaysia.

Undi: Anda rasa bagaimana prestasi pengadil dalam final Piala Malaysia?
Final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi berlangsung cukup meriah.

Final Piala Malaysia: Ayuh kongsikan momen terbaik anda di SNBJ
Final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi berlangsung cukup meriah.

Final Piala Malaysia: PSM harus peka, ambil iktibar insiden padang rosak -- Azraai Khor
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mengambil iktibar susulan insiden padang rosak di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia malam tadi.

Final Piala Malaysia: Kena ada VAR, kata Steinbruckner
Sistem video bantuan pengadil (VAR) seharusnya menjadi satu keperluan selepas beberapa keputusan pengadil menjadi bahan pertikaian ketika aksi final Piala Malaysia di antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bulan lalu.

Final Piala Malaysia: Penyokong Terengganu kelihatan bersemangat jalan kaki ke SNBJ
Menjelang kehangatan final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu malam ini, penyokong Terengganu kelihatan bersemangat memberikan sokongan jitu kepada skuad Peteh kesayangan mereka.

Nick Kyrgios withdraws from the Australian Open
The Australian has been sidelined in 2023 by knee and wrist problems.

NBA: Boston Celtics stay perfect at home
The Boston Celtics, Sacramento Kings and Oklahoma City Thunder all posted notable wins to highlight Friday's play in the NBA.

On this day in 2010: Alan Pardew appointed as Newcastle manager
The former Reading, West Ham, Charlton and Southampton boss was unveiled as successor to the sacked Chris Hughton.

Mark Robins hails ‘effervescent’ Callum O’Hare after derby double
The Coventry midfielder inspired his side’s 2-0 win over Birmingham.

Ange Postecoglou warns Tottenham: Life will never be comfortable during my reign
Spurs have failed to win any of their last five matches despite taking the lead in each fixture.

He knows what he has to do – Erik ten Hag on Jadon Sancho’s Man Utd future
Sancho has not played for United since August.
He’s the hardest-working player: Vincent Kompany hails James Milner’s longevity
.

Federico Gatti sends Juventus top of Serie A with win over Napoli
Gatti headed home the only goal early in the second half.

Callum O’Hare double fires Coventry to win over Birmingham
The fit-again midfielder made his CBS Arena return in style in a 2-0 Sky Blues win.

Raith go top of Championship table after battling back against Partick Thistle
November signing Daniel O’Reilly opened the scoring but put into his own net after the break.