Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak semalam

Saufi Tahir
July 4, 2024 22:49 MYT
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak semalam (Rabu).
Mengikut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.

Di khabarkan Faisal Halim sudah mula turun ke padang jalani latihan sejak semalam (Rabu). Namun masih belum bersedia terima sebarang liputan media@ASTROARENA pic.twitter.com/tSixK70MEU

— FinaNasrom (@fnasrom) July 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, bapa pemain itu turut memaklumkan bahawa anaknya sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi dan mencapai 95 peratus tahap kecergasannya.
Ini merupakan kali pertama Faisal turun semula ke padang sejak menjadi mangsa simbah asid dan terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan dan pemulihan.
#bola sepak #Selangor #Faisal Halim