F1: Verstappen, Red Bull teruskan dominasi dalam GP Hungary
Muzaffar Musa
July 24, 2023 08:26 MYT
July 24, 2023 08:26 MYT
Lewis Hamilton memohon maaf kepada Mercedes atas persembahan buruknya dalam perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Hungary, sekali gus membenarkan Max Verstappen meraih satu lagi kemenangan malam tadi.
Verstappen memintas Hamilton, yang memulakan perlumbaan di petak utama, di selekoh pertama Hungaroring sebelum melebarkan penguasaannya untuk memperoleh kemenangan ketujuh berturut-turut musim ini.
Hamilton, dalam pada itu, menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas turut dipintas dua pemandu lain dalam perlumbaan 70 pusingan itu.
Lando Norris muncul naib juara perlumbaan kali ini -- kali kedua berturut-turut berada di belakang pemandu Belanda, Verstappen -- manakala Sergio Perez pula mempamerkan pemanduan jitu untuk berada di tempat ketiga biarpun memulakan perlumbaan di petak kesembilan.
Kemenangan itu menyaksikan Red Bull -- yang masih belum terlepas sebarang kemenangan musim ini -- mencatat sejarah baru selaku pasukan F1 pertama meraih 12 kemenangan berturut-turut.
Kemenangan itu juga menyaksikan Verstappen kini mengumpulkan 281 mata untuk terus mengungguli kedudukan kategori pemandu dan dibezakan 110 mata dengan pencabar terdekat, Perez.
A double podium on a historic day for the Team, with @SChecoPerez finishing in P3 ? Race result #HungarianGP ???Max P1! ?, NOR, Checo P3! ?, HAM, PIA, RUS, LEC, SAI, ALO, STR. #F1 pic.twitter.com/wZPuswCwdU
— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) July 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.