F1: Pergelangan tangan patah nafi hajat Daniel Ricciardo
Shaiful Shamsudin
August 26, 2023 12:30 MYT
August 26, 2023 12:30 MYT
Daniel Ricciardo terpaksa diketepikan untuk Grand Prix (GP) Belanda hujung minggu ini selepas patah pergelangan tangan dalam sesi latihan, menurut agensi berita, PA.
Pemandu Australia berusia 34 tahun itu kembali ke grid untuk kali ketiganya setelah tersingkir daripada latihan kedua di Zandvoort itu, awal pagi tadi.
Sehubungan itu, pelumba New Zealand, Liam Lawson, akan menggantikan tempatnya untuk penampilan sulungnya dalam kancah Formula Satu (F1).
Lando Norris menafikan Max Verstappen untuk petak utama selepas pelanggaran itu yang menyaksikan Ricciardo dihantar ke hospital.
? RED FLAG ? Piastri and Ricciardo are stopped by the barriers on the banking! #DutchGP #F1 pic.twitter.com/ZO4e6ntCM5
— Formula 1 (@F1) August 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih 300,000 penonton turun ke bandar pesisir pantai Zandvoort, 30 batu di luar Amsterdam selepas F1 berehat.
Peminat tempatan teruja untuk melihat Verstappen dinobatkan juara buat kali kesembilan berturut-turut musim ini dan menyamai rekod Sebastian Vettel bersama Red Bull pada 2013, sekali gus menghampiri hatrik kejuaraan dunia.
Bagaimanapun, Norris yang memacu jentera McLaren merosakkan pesta kepulangan Verstappen dengan menamatkan hari itu menerusi catatan terpantas dengan jurang 0.023 saat.
Alex Albon pula memastikan tempat ketiga untuk Williams, satu tempat di hadapan Lewis Hamilton daripada Mercedes.