F1: Perez lanjutkan kontrak bersama Red Bull hingga 2024

Muzaffar Musa
June 1, 2022 09:30 MYT
Sergio Perez akan berlumba untuk pasukan Formula 1 (F1) Red Bull sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim 2024 selepas pemandu itu memeterai kontrak baru sebaik memenangi perlumbaan Grand Prix Monaco hujung minggu lalu.
Pemandu Mexico itu menandatangani kesepakatan baru itu sebaik memenangi perlumbaan berkenaan, di mana dia menaiki podium tertinggi buat kali ketiga sepanjang kariernya.
Pelumba berusia 32 tahun itu kini berada di tangga ketiga kedudukan keseluruhan kategori pemandu musim ini, hanya ketinggalan 15 di belakang rakan sepasukannya, Max Versatappen.
"Bagi saya, ini adalah minggu yang luar biasa," kata Perez dalam satu kenyataan rasmi.
"Memenangi GP Monaco merupakan impian setiap pemandu dan kemudian, untuk ia disusuli dengan pengumuman bahawa saya akan kekal bersama pasukan ini sehingga 2024, benar-benar membuatkan saya amat gembira.
"Saya amat berbangga menjadi ahli pasukan ini dan berasa seperti berada di rumah setiap kali di sini.
"Kami bekerja dengan amat rapat bersama-sama dan hubungan saya dengan Max, dalam dan luar litar, telah membantu kami untuk lebih maju ke depan.
"Kami telah membina momentum yang besar sebagai satu pasukan dan musim ini, ia telah dibuktikan.
"Saya amat teruja untuk melihat di mana kedudukan kami pada masa akan datang," katanya.

Thank you for all the trust and for making me part of this family for two more years! Vamooos! ¡Gracias por toda la confianza y por hacerme parte de esta familia hasta 2024! ¡Vamooos! @redbullracing pic.twitter.com/DCNpUt3WMg

— Sergio Pérez (@SChecoPerez) May 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Red Bull #Sergio Perez #Sukan Permotoran #Formula 1
;