F1: Pemanduan Max Verstappen tidak dapat dikekang
Shaiful Shamsudin
August 28, 2023 11:25 MYT
August 28, 2023 11:25 MYT
Christian Horner menyifatkan Max Verstappen sebagai pemandu terbaik di dunia selepas bintang Red Bull itu mendominasi Grand Prix (GP) Belanda di sebalik cuaca yang tidak menentu untuk menyamai rekod sembilan kemenangan berturut-turut Sebastian Vettel.
Walaupun dua hujan lebat yang turun berasingan memberi cabaran ketika permulaan dan penamat perlumbaan 72 pusingan di Zandvoort, Verstappen tetap memacu hebat jenteranya untuk menghiburkan 105,000 peminat tempatan untuk melintasi garisan penamat di depan Fernando Alonso (Aston Martin) dan Pierre Gasly yang melengkapkan podium, awal pagi tadi.
Rakan sepasukan Verstappen di Red Bull, Sergio Perez, dikenakan penalti lima saat kerana memecut di lorong pit pula menduduki tempat keempat sementara Lewis Hamilton yang meratapi strategi buruk Mercedes di tempat keenam.
Verstappen, yang telah memenangi 11 daripada 13 pusingan setakat ini akan menuju ke GP Itali di Monza hujung minggu depan dengan kelebihan 138 mata dalam kategori kejuaraan pemandu.
Dia berpeluang melengkapkan hatrik gelarannya ketika di Jepun pada 24 September depan dengan saingan masih berbaki setengah dozen pusingan.
“Max berada dalam tempoh terbaik kariernya dan dia tidak dapat dikekang,” kata pengetua pasukan Red Bull, Horner, yang menyelia rentetan sembilan kemenangan berturut-turut Vettel sedekad lalu.
Nine successive wins ? Max matches Seb’s record ? pic.twitter.com/pAqRTolRgC
— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) August 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak fikir terdapat mana-mana pemandu di grid yang mampu dapat mencapai tahapnya menggunakan kereta ini.
“Untuk memenangi sembilan perlumbaan berturut-turut adalah gila dan ia adalah sesuatu yang kami tidak sangka dan saya tidak pernah menyangka kami akan mengulanginya selepas kami cemerlang melalui Sebastian. Apa yang kita saksikan ialah pemandu yang turun-temurun.
“Max berada dalam prestasi yang luar biasa sejak tiga tahun lalu dan perkara yang paling mengagumkan bagi saya ialah segala tekanan yang dihadapinya di sini.
"Dengan jangkaan 100,000 peminat Belanda, ramai yang akan goyah di bawah tekanan seperti itu tetapi dia mengekalkan ketenangannya dan membuktikannya seperti yang dilakukannya berkali-kali."