F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol

Ammar Hakim
June 4, 2023 21:20 MYT
Max Verstappen mencatatkan kemenangan dominan di Grand Prix Sepanyol semenatara Lewis Hamilton dan George Russell menduduki tempat kedua dan ketiga untuk Mercedes.
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya daripada tujuh pusingan pembukaan dan melanjutkan pendahuluan kejuaraannya.

YESSS ANOTHER WIN FOR @Max33Verstappen ? ? #SpanishGP pic.twitter.com/Z1Hy3xPddA

— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) June 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hamilton bermula di tempat keempat tetapi mendapat naib juara, dengan rakan sepasukan, Russell melengkapkan tempat podium buat Silver Arrows.
Sergio Perez mendapat tempat keempat selepas mendahului pelumba Ferrari, Carlos Sainz dengan berbaki 12 pusingan.
#Mercedes #Red Bull #Max Verstappen #F1