F1: Lewis Hamilton tidak tolak Max Verstappen sapu bersih baki perlumbaan

Shaiful Shamsudin
August 25, 2023 03:14 MYT
Lewis Hamilton khuatir bahawa Max Verstappen berpeluang tinggi memenangi kesemua baki 10 perlumbaan musim ini sambil percaya penguasaan hebat pengendali Belanda itu mampu bertahan sehingga 2026.
Berikutan rehat musim panas selama empat minggu, aksi Formula Satu (F1) bersambung hujung minggu ini di laman Verstappen, Belanda.
Verstappen telah memenangi lapan perlumbaan terakhir dan dia akan menyamai rekod sembilan kali milik Sebastian Vettel ketika bersama Red Bull pada 2013 sekiranya mengungguli perlumbaan hujung minggu ini di depan penyokong sendiri.
Penguasaan jentera dan prestasi terbaik juara dunia dua kali itu bukan sahaja di padok, malah Red Bull berkesempatan muncul selaku pasukan pertama yang mengharungi kempen semusim tanpa kalah.
“Wujud peluang tinggi bahawa dia (Verstappen) akan memenangi setiap perlumbaan,” kata pemandu Mercedes berusia 38 tahun itu.

Just @LewisHamilton setting the DHL Fastest Lap of the Belgian Grand Prix on his first attempt in the last-lap of the race! ?‍?? View the 2023 leaderboard ? https://t.co/sOAsD9HZK8#BelgianGP #F1 #MomentsThatDeliver @dhl_motorsports pic.twitter.com/bQxVVrkWzp

— Formula 1 (@F1) August 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dia tidak melakukan sebarang kesilapan dan pasukannya pula tidak melakukan banyak kesilapan tahun ini. Mereka mungkin memenangi segala-galanya.
“Tetapi pada tahun ini, jurang kami mungkin akan makin rapat dan lambat-laun kami berharap dapat mencabar mereka sama ada hujung minggu ini atau sesiapa tahu di mana?
"Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kemalangan, kami sedia memanfaatkannya.”
Verstappen mendominasi sejak peraturan F1 dirombak pada awal musim lalu dengan mencipta pendahuluan selesa sebelum rehat di Belgium yang merupakan kejayaan ke-10 daripada 12 yang dirangkulnya setakat ini dan juga yang ke-19 daripada 23 perlumbaan terakhirnya.
#Lewis Hamilton #Max Verstappen #F1