Jentera Mercedes dipacu Hamilton yang baru dirombak dan melonjakkan ke podium buat kali kedua berturut-turut, dua minggu selepas dia menamatkan saingan di Litar Catalunya, Barcelona, sebagai naib juara di belakang Verstappen.
“Adalah menjadi satu penghormatan untuk berada di samping dua juara dunia,” katanya.
“Saya sangat teruja untuk berada di tempat ketiga dan hanya cuba untuk berada dalam kelompok itu.
"Kami tidak mempunyai rentak hari ini. Kami tahu ini bukan litar terkuat kami kerana kami bergelut di selekoh berkelajuan rendah dan di situlah saya ketinggalan kepada Fernando dan Max.

“Tetapi kami makin menjauh dan saya percaya di satu peringkat kami akan sampai ke sana. Rentak kami hari ini lebih baik jadi kami menuju ke arah yang betul.”
Hamilton hanya sekali merakamkan penamat tiga teratas dalam enam pusingan pembukaan tahun ini tetapi juara dunia tujuh kali itu menuju ke pusingan seterusnya di Austria pada 2 Julai depan dengan momentum dua persembahan mantap di Barcelona dan Montreal.
Pemandu berusia 38 tahun itu bermula di tempat ketiga sebelum menduduki tangga kedua di selekoh pembukaan sebaik dia melepasi Alonso yang bermula perlahan.